Thursday, March 31, 2011

Kerana Duit ~~

Tanpa duit semua orang akan rasa susah.. mana tak nya, sekarang semua benda nak gunakan duit.. masuk toilet pon kena bayar sekarang.. mana ada barang free.. kan? sekarang semua orang berpusu-pusu cari kerja sebab nak duit.. nak beli barang keperluan semua pakai duit kan.. Tapi duit ni bukan ada kebaikan je.. duit ada jugak keburukan ..macam la manusia, ada kebaikan dan ada keburukan ...

kalau korang perasan, sebab duit ni kita boleh menimbulkan salah faham antara satu sama lain.. contohnye kawan pinjam duit kita tapi dia tak bayar tetibe dia emo lebih pastu dia taknak bertegur sapa even duduk satu bilik. kadang2 sebab duit ni jugak banyak perempuan sanggup gadai maruah diorang cume untuk hidup mewah dengan duit hasil dari menjaja tubuh kepada orang lain.. cuba korang tengok.. dasyat kan semua ni.. ada jugak orang yang sanggup khianat kawan sendiri sebab duit.. ini pon bahaya jugak.

sebenarnye duit ni pon berhantu tau.. duit ni pon pakai jampi bagi orang sebuk tergila-gilakan dia kan.. tapi kalau takde duit camne plak nak hidup kan .. so pesanan aku, cari duit takpe asal kan tak melampaui batas pastu jangan gunakan jalan yang salah untuk cari duet.. SEKIAN

kalau aku dapat duet banyak ni nak msok tabung haji separuh la :)

Wednesday, March 30, 2011

Bertudung Atau Tidak ??

assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada rakan2 blogger semua..
ok entah kenapa setelah aku selesai bersolat tadi aku terpanggil untuk membuat entri yang berkaitan orang yang bertudung atau tidak ni.. semenjak dua menjak ni topik bertudung menjadi pilihan ramai blogger kan.. kebanyakkan semua menjurus pada fashion yang digayakan oleh perempuan bertudung..ok kat sini aku nak jugak bagi pendapat kan.. hanya pendapat dari seorang insan biasa ni..

pada aku, tak salah kan orang yang bertudung tu nak bergaya tapi semua tu mesti menjaga batas la.. aku pon seorang yang bertudung jugak.. memang aku akui sekarang fesyen memang banyak untuk orang yang bertudung.. bila orang bertudung pakai baju atau seluar ketat2 kadang2 aku pon tak berminat.. aku pon tak suka kalau macam tu sebab aku pon kalau boleh nak cari baju yang tutup bontot (sori bahasa yg agak kasar).. bukan nak kata aku baik ok.. tidak sama sekali.. tapi cuba jugak kita fikirkan kenapa fashion bertudung banyak muncul?? seperti memakai shawl dan sebagainya.. tak salah kan kalau mencuba fesyen2 macam tu tapi bak kata seorang kawan aku kalau nak bershawl tu cari la yang tak jarang supaya tak  menampakkan leher kita.. aku sedar aku pon kadang2 ada melakukan kesalahan ketika mengayakan baju kerana aku seorang yang bertudung tapi alhamdulillah aku ada ibu yang sering menegur aku kalau ada sesuatu yang tak manis di mata dia dan orang lain..

lepas tu selalu jugak aku baca pasal perempuan mengutuk perempuan bertudung tu tak semestinya baik la apa la.. ok aku setuju.. memang pon tak semestinya perempuan bertudung tu semua baik, tapi tak semua macam tu kan.. yang tak bertudung tu pon tak semestinya jahat kan.. semua ni sepatutnya tak payah di pertikaikan sebenarnya sebab korang boleh pikir sendiri. masing2 ada akal nak fikir kan.. cume kat sini aku pelik kenapalah yang bercakap isu2 bertudung ni semua orang islam dan kebanyakkan nye lelaki.. mintak maaf jika ada yang terasa.. aku cakap berdasarkan apa yang aku nampak.. tak perlu buat semua tu.. tengok2 awek kau bertudung pastu berfesyen bagai kan dah kena atas batang hidung sendiri.. kat sini aku tak salahkan sape2 cume tak cukup2 ke nak bercerita pasal isu ni .. kat sini jugak aku tak bela wanita2 atau gadis2 yang bertudung.. tidak sama sekali.. entri ni sekadar pendapat.. renung2kanlah..

aku tak letak apa2 gambar sebab taknak jadikan isu.. kang letak gambar aku korang bosan ahahaha

Tujuan Korang Berblog apa ? Untuk saja2 atau untuk keja duit ..

Mintak maaf sekali lagi jika entri ni akan membuatkan sesiapa terasa..aku cuma meluahkan pendapat yang tak seberapa ni.. Ada kawan aku tanya kat aku, aku berblog untuk apa, nak kejar follower ke, kejar duit nuffnang atau heartbeat atau berblog sekadar inigin melepaskan apa yang terbuku dalam hati ni cewaaahhh ahhaha

Ok kalau aku, sekarang aku berblog hanya sekadar suka2.. memang kat blog aku ni ada iklan nuffnang and heartbeat.. tapi tak semestinya aku letak tu semata2 nak kejar duit kan. entahla memang sekarang ni aku tengok banyak yang suka kejar duet bila berblog.. mungkin la kan.. tapi semua tu tak kesah.. terpulang pada individu kan.. so kepada kawan aku tu, aku sangat bangga dengan dia sebab dia memang berblog bukan untuk kejar follower bukan untuk kejar duet.. dia berblog pon sebab aku yang ajak dia mencuba.. sekarang dia rajin sangat update.. tahniah aku ucapkan kat dia..

Cuba korang rasa berblog dengan rasa suka2 tanpa stress maksudnye kita berblog sebab kita anggap blog ni sebagai diari on9.. kan best tu.. mesti akan ada je orang yang akan datang tau... duit tu kita bole cari dengan kaedah lain.. lebih pantas dan effisien kalau kita bekerja kan heee follower tu terpulang, mungkin ada yang rasa puas bila tengok blog dorang ramai follower.. mungkin la tapi setengah orang tak rasa macam tu..

so fikirkan la :) mintak maaf sekiranya ada yang terasa.. tak tuju kat sape2 pon.. babai

Indah Ke Semua Ni !


assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua..
entri ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa..ini cume luahan hati dari diri aku sendiri.. baca ok :)

Kan seronok kalau kita bercinta boleh kekal sampai bila2. Tapi itu macam tak mungkin je aku rasa. Aku tak nafikan  memang ramai yan bercinta lama kekal sampai ke akhir hayat . Kadang2 aku rasa gembira melihat keadaan macam tu. Bahagia je rasa kalau dapat macam tu kan.. hmmmm


Macam aku ni,hmm aku rasa macam susah untuk aku rasa bahagia. Ada tu memang la ada tapi bila aku baru nak rasa bahagia mesti ada penghalangnya. Aku ciba mencari punca masalah yang datang. Adakah benda tu datang dari diri aku atau pasangan aku tu sendiri. Ataupun adakah ia berlaku berpunca dari sikap aku?? hmmm ntahlah susah aku nak tafsirkan benda ni.

Dengan apa yang aku dah tempuh aku rasa serik dan takut dengan perasaan yang dinamakan "CINTA". Tapi macam2 orang nasihat aku. Betul cakap diorang aku setuju sangat, takkan kerana pengalaman aku nak salahkan semua orang kan.. Bak kata pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" tak semestinya semua macam tu.

Sekarang aku akan cuba buang jauh2 kenangan pahit tu.. aku harapkan kawan2 dan family akan sentiasa bersama aku ketika senang ataupun susah.. Insyaallah. Aku juga nak mintak maaf kalau entri ni agak membosankan korang. Ini cuma luahan hati aku. Terima kasih jugak kepada sesiapa yang sudi membaca..
Peace No war (^.^)^^

Tuesday, March 29, 2011

Suka Nye kau kan

assalamualaikum :) hehehe ok dah puas stalk blog-blog yang kuar kat dashboard tadi.. sory la ada yang nina tak tinggal jejak sebab nina saje jalan-jalan up kan traffic korang.. ok lah suka gila la tengok blogger2 tegar yang update blog dorang dengan 3 hingga 4 entri sehari.. mesti puaskan dapat update blog..

actually dulu pon aku camtu jugak.. update blog kalau boleh sehari asyik aku je yang update kan, tak bole blah hahaha tapi makin lama makin kurang je aku rasa .. terok kan =.= bukan apa .. buzy kot.. lagipon takde idea sangat la nak update blog..

tapi tak kesah la semua tu, yang penting setiap hari ada gak aku update blog kan walaupon bukan banyak2 kali.. hahahaha tak kesah la asalkan semua bahagia cewaaahh..kepada sesiapa yang dah datang blog nina tapi nina tak singgah balik, sory banyak2.. nanti aku mesti singgah blog korang.. thats my promise ok :)

sebelom tu jom la tengok muka anak buah aku hehehe ok babai :)









Monday, March 28, 2011

Sebelum Tido

sebelum tido aku na update se-das dulu bole tak hahahaha tolong la bagi sebab aku da tatau na gambarkan apa yang terbuku kat kepala ni hahahahah ayat bukan main wah wah wah !! hahahahah

aku sebenarnye nak bagitau kat korang ni yang AKU MINAT KAT ADAM AF.. sape-sape yang tak suka, shhhhh!! baca diam2 kalau rasa menyampah pangkah je ok hahahhaha kenapa aku minat dia??? ok aku jawab apa yang aku tanya tu ok...

lepas aku jumpa dia haritu apa yang aku nampak di mata aku yang comell lagi menarik ni aku rasa dia

  • sangat mesra dengan peminat2 dia.. (dia tak bagi PA dia halang fans dia yang tengah serbu dia.. ramai kot time tu.. baik kan)
  • sangat tak sombong.. walaupon leteh tapi masih boleh layan peminat2 dia
  • suka bagi nasihat pada orang yang lebey muda dari dia..
  • dia comel and hensem (muka bersih dari segala cela )
  • dan yang penting DIA BEST LAH TU SBB AKU MINAT DIA HAHAHHA 
yang ni lak biodata dia 
  • NAMA PENUH : Mohd Aizam b Mat Saman
  • NAMA PANGGILAN : Adam
  • TARIKH LAHIR : 19 September 1983
  • ZODIAK : Virgo
  • TINGGI : 172 cm
  • BERAT : 67 kg
  • AGAMA : Islam
  • BANGSA KETURUNAN : Bajau
  • HOBI : Menyanyi
  • MAKANAN KEGEMARAN : Semua makanan yang bercili sos
  • MINUMAN KEGEMARAN : Jus karot
  • LAGU KEGEMARAN : Awas (KRU)
  • ARTIS KEGEMARAN : KRU
  • PELAKON KEGEMARAN : Yusry (KRU) , Faizal Hussein, Afdlin Shauki
  • CIRI WANITA IMPIAN : Baik, sopan, memahami karier dan sedap mata memandang (Farah la tu)
  • RINGKASAN DIRI : Ringkasan diri : Sekali pandang, mungkin akan dianggap sebagai 'playboy' atau sombong. Namun, realitinya beliau seorang periang, penyayang dan berjiwa sentimental. Merupakan peminat fanatik KRU. Mempunyai kumpulan muzik sendiri yang diberi nama "Es d CO", dan bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam dunia hiburan. Anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Berketurunan Bajau. Tidak mempunyai kekasih dan sedang mencari cinta sejati. Pandai menari dan menyanyi. Dia gemar penampilan yang segak dan ingin sentiasa nampak kemas.
so kepada korang2 semua, tolonglah jangan kondem aku ke apa ke sebab aku minat ADAM AF ok.. dari start dia kat TIRAI AF2 tu aku da minat ... perghhh aku memang minat dia.. ok babai hahaha

adam hensem :)

gambar ni time dia photoshoot untuk af.. awal2 penglibatan dia dalam dunia seni

ni la adam.. korang kenal x =='

adam ni comel la hish ahahha

ni penting ni bukti aku da jumpe dia =='



Sunday, March 27, 2011

Saket Jantung

assalamualaikum..
ok aku na citer ni .. korang nak dengar tak.. ah lantak la korang taknak dengar aku paksa jugak korang dengar hahaha kejam tak .. aku nak jadi ganas la weyh.. support la sikit hahahah =.=

ok camni citer dia, tadi aku singgah kat blog orang2 yang tinggalkan pesan kat shoutbox aku .. then aku bukak la banyak2 kan.. ada 1 blog ni lagu yang dia letak kat blog perghhhh menusuk kalbu bhai -.- memang tekejut beruk aku time bukak blog dia.. lagu dia takde yang lagi kuat ke nak bubuh hee

aku ni pon bukan la blogger yang hebat tapi sebagai nasihat yang aku jugak penah dapat dari senior blogger yang banyak bagi tunjuk ajar, aku na pesanpulak kat korang2 yang newbie sikit dari aku kan kalau nak letak lagu letak la lagu yang slow2 baru la takde yang dapat saket jantung kalau singgah blog kita kan :)

nasihat dari orang tak brape pengalaman =.=

Thursday, March 24, 2011

Jangan Nak Banyak Kali Sangat La =.=

assalamualaikum to all my chantek and my hensem ... siapakah =.= sape2 yang nak pangkat tu amek je ok hee aku pon taktau ... asal la semenjak aku practical ni rajin sangat diri aku yang comel ni demam..walaupon demam diriku masih lagi comel seperti biasa macam gambar kat bawah ni atau mungkin aku lebih comel dari dia hahahahaha


tadi time kat opis tengah aku saket tekak campur pulak saket kpale bole plak ada sorang abang kat opis tu kacau aku.. amek pendrive aku pastu nak bukak.. tak ke hangen aku tadi.. tak pasal2 aku marah then moody.. pastu ada pulak yang bermulut celakos kata macam2 yang buat aku terasa.. memang aku moody tahap maksima la tadi..

bila aku demam ni lah yang akan terjadi.. moody tak tentu hala.. and then aku tak suka demam sebab apa yang aku makan akan keluar balik.. abes tu macam mana nak kenyang.. kesian kat aku.. tapi kepada kawan2 aku, aku dah makan ubat da.. suka tak aku makan ubat =.= even ubat tu tak sedap aku gagahkan jugak makan ubat tu..

ok lah aku tak larat la nak membebel banyak and panjang2.. korang nak baca ke pon hahahaha babai korang..

Tuesday, March 22, 2011

Sory

entah kenapa dua tiga hari ni mood aku tak berapa stabil.. nak kata bulan tengah mengambang memang tak la... jauh lagi.. tapi aku pelik.. sekarang asyik tacing jek.. hello pleasee la nina.. kau buang la perangai kau tu.. nanti orang menyampah baru tau..

aku nak mintak maaf pada semua kawan-kawan aku.. if perangai aku ni agak menggedik aku mintak maaf.. kadang-kadang benda tu datang tanpa aku sedar.. aku tension bila aku rasa sunyi.. kat rumah aku ada mak je yang boleh dengar masalah aku tapi dua tiga menjak ni dia sakit..

ok lepas tu kawan-kawan aku semua jauh.. even besfrenz aku ada dekat dengan aku tapi kami jarang jumpa so aku rasa sangat susah aku nak luahkan masalah aku kat dia.. aku mula rasa nak marah orang bila masalah menimpa diri.. mula la rasa nak nangis.. sbb apa?? jangan tanya sebab apa ok.. aku memang seorang yang kuat nangis.. gedik tak hee..

ok aku rasa lega sikit sebab dapat luahkan kat blog buruk aku ni.. TO ALL MY FRENZ SORY OK IF PERANGAI AKU AGAK ANNOYING OK.. SORY SANGAT..AKU CUBA BUANG OK


Robot Pelacur Pertama Di Dunia

assalamualaikum :)
teruja tak dengan post ni hahahha jangan salah paham pulak.. sekeh kang .. ahhaha jom baca jom..




Robot yang diberikan nama ROXXY merupakan robot yang berbentuk seorang wanita cantik yang memberi layanan seksual pada lelaki-lelaki yang dahagakan nafsu seks.. geli betol ish2..dalam badan si ROXXY ni dorang tanam hardisk,Wi-fi dan ciri-ciri lain sehingga si ROXXY ni boleh berinteraksi dengan lelaki yang nak layanan dari dia.. hebat kot ROXXY ni kan2 hee

si ROXXY ini kombinasi antara Sex Dolls dengan robot yang boleh memberi informasi mulai dari cuaca, saham dan lain-lain, ditambah perbendaharaan kata yang “nakal” menggoda.

yang aku peliknya, asal yang semangat sangat nak cipta benda camni.. menggalakkan maksiat betul.. korang-korang kat malaysia ni jangan la membazir duet membeli benda camni.. kalau tak tahan sangat kawen je .. kan bagos halal lagi hahahahaha tiap masa korang nak pon bole =='





antara ciri-ciri yang ada kat si ROXXY ni :


– Dapat berkomunikasi dengan baik mendengar atau bercakap (hebat tu)
– Merasakan sentuhan anda (jangan nak sentuh sangat la)
– Boleh “orgasme”
– Program AI (Artificial intelligence) yang membuat si ROXXY ni belajar tentang apa yang korang suka dan tak suka.
– Dikeluarkan dalam 5 karakter yang boleh di pilih
- agak pemalu
- senang di ajak "bernakal-nakal"
- berpengalaman dan siap mengajarkan anda

boleh tahan hebatnya patung ni kan ... harge pon boleh tahan US$ 7.000 tuuuuuuuuuuuuuuuuu... hahahahhaa sudah-sudah babai korang..

Monday, March 21, 2011

Dia Menyapa Dari Belakang

pada satu malam yang sejuk (bayangkan) , SENAH terjaga dari tidur yang nyenyak sebab dia terasa lapar dan dahaga.. dalam keadaan yang mamai dia menuju ke dapur.. sesampainye dia dekat peti sejuk dengan rakusnya dia minum air sejuk kat dalam tu..

tetibe dia terasa ada orang pegang dia dari belakang.. dup dap dup dap dia mamandang ke belakang (jangan pandang belakang) phewww lega rupanya mak si SENAH kat belakang tu.. mak SENAH bertanya pada SENAH kenapa bangun pagi-pagi buta SENAH dengan bangganya menjawab "lapar la mak.dahaga pulak tu.pakej sekali tu"..mak SENAH tersenyum dengan statement SENAH yang tak berapa nak kelakar tu .. sebelum mak SENAH masok tidur mak dia pesan " NAH, jangan pandang belakang"... SENAH telan air liur dia GULP tetibe dia terasa seram

tengah dia godek-godek bawah tudung saji SENAH nampak kelibat sesuatu .. tetibe bulu roma SENAH tegak.. SENAH cari kelibat tu.. dan SENAH jumpa.. rupanya SI TOYOL ada di depan mata SENAH.. dengan sekuat hati SENAH menjerit dan berari sambil nyanyi

TOYOL~~~
DIA DATANG PADAKU BERLARI-LARI

SENAH tersentap.. rupenya dia mimpi hahahahahaa 

PESANAN KAT SINI SEBELOM TDO BASOH KAKI.. BABAI (sori kalo tak best)


Aku Ada Korang Ada ke ??

assalamualaikum...
sebelum tido aku na tunjuk something lalalalalala aku da tukar header heee


NI YANG LAMA 


NI YANG BARU .. LAWA TAK .. COMEL KAN HEE

DUA2 HEADER KAT ATAS NINA SUKA SO NANTI NINA AKAN PAKAI GILIR LA :) NINA SUKA TUKAR2 HEADER.. BTW THANKS TO CHUCK .. THANKS OK :)


Saturday, March 19, 2011

Aku Nak Marah Ni ~~

assalamualaikum ...
ok entri pendek je ni.. aku nak marah ni.. kenapa aku tak dapat tengok bulan yang sebok diuar-uarkan tu ...
kat sini baru lepas hujan so aku tak dapat tengok ... bulan kena lindung dengan awan.. ok sedey sebentar =='

pada sesiapa yang tau pasal bulan ni , ce citer ce citer kat aku.. aku tak faham lagi ni.. agak lambat dapat berita la aku ni kan =.= tolong lah bagitau .. pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeee (ha panjang kan) aku sayang la pada sape2 yang tolong terangkan kat aku...

KASIK KISS KAT KORANG hahahahahah GATAL JAP

macam ni ke rupa bulan tu weyh =='

ke mcm ni bentuk nye hahahah 


Thursday, March 17, 2011

Akhirnya Aku Jumpa ~~

assalamualaikum :)
sebelom gua tido gua na update la pasal benda yang buatkan gua rasa happy tak terkata ni :)
gua jumpa ADAM AF bhai hahahaa sumpah excited gila sebab gua minat dia dari form 2 ok..
sekarang umo da 21 baru dapat jumpa.. pelik kan ==' tapi jujur memang aku minat dia sangat2 ..
tengoklah sikit aku na jamu kat korang gambar2 time kami DATE hari tu ahahhaa







korang tak minat ?? ada aku kesah hahahahahha bia la .. aku minat dia ok grrrr

Monday, March 14, 2011

Kau yang Ku Sayang ~~

assalamualaikum :)
tajuk di atas tiada kena mengena dengan apa yang aku nak sampaikan hahahhaha actually saje2 na buat gimik berdasarkan entri .. gimik kah =.=' entahla hahahaha

aku jadi pelik la sekarang ni.. da la aku ni da memang blur.. hish .. aku pelik la asal time aku on9 FACEBOOK kat rumah aku jadi slow gila tapi bila aku kat opis on9 FACEBOOK laju je.. 120 k/j.. ish2 ... ni na majok 4 taun ni hahahahahha ok2 tak gurau =.='

ada member aku cakap FACEBOOK jadi slow sebab effect dari gempa bumi and tsunami kat jepun tu .. aku pon taktau la betol ke tak.. sedey gila nak on9 FB kalau slow macam siput .. siput lagi laju aku rasa hahahah ..
so kawan2 marilah ramai2 kita berhijrah ke TWITTER buat sementara waktu .. meyh2 follow aku meyh heheheh
http://twitter.com/#!/NinaSyakira
silalah follow kalau anda semua sudi :) hahahaha ok lah ... bubye .. 

jangan nak senyum sangat la smiley oit grrr

cantik nye (amik hati soh load cepat sikit hahaha)


Congrats ~~


CONGRATS MALAYSIA !
CONGRATS LEE CHONG WEI !

tahniah di atas kejayaan beliau setelah menewaskan Lin Dan 2 set secara berturut-turut dengan mata yang dikutip 21-17 dan 21-17 seklaigus mejuarai perlawanan ALL ENGLAND 2011.. 



Sunday, March 13, 2011

SubhanaALLAH..


Assalamualaikum.


Entry ini adalah info untuk perkongsian buat semua. 





1. Tarikh yang berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah atau 6/4/1432.
2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Juzuk 14 ayat ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

Ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran dan segala yang di ungkapkan di dalamnya.

8. Wallahualam bissawab..




Ingatkan diri kita masing-masing... apa yang dikandungkan di dalam 
AL-QURAN sememangnya adalah benar ...


credit to : Izyan Lavender

Saturday, March 12, 2011

Doakan Kesejahteraan Mereka ~~

assalamualaikum ..
seperti yang korang tau negara JEPUN sekarang dalam keadaan yang bahaya sebab negara dorang diserang tsunami yang dasyat.. korang mesti da tengok kan video dorang kat youtube...

dunia kita ni makin tua.. macam2 bencana alam jadi sekarang.. tetibe terfikir macam mana la keadaan JEPUN sekarang ni.. dulu waktu tsunami kena kat malaysia ni kita pon tau macam mana teruk nye kan .. tapi sekarang ni yang jadi kat sana lagi teruk dari apa yang jadi kat malaysia..

jom kita sama2 umat islam doakan kesejahteraan orang kat sana.. sama2 manusia tak salah kan nak doakan kesejahteraan mereka .. diorang pon manusia macam kita gak.. semoga mereka selamat .. AMIN







Friday, March 11, 2011

Untitled

NOT IN MOOD FOR EVERYTHING...
NOT IN MOOD UNTUK BERFB
NOT IN MOOD UNTUK BERTWITTER
NOT IN MOOD UNTUK BLOGGING
NOT IN MOOD UNTUK SKYPING
NOT IN MOOD UNTUK GURAU SENDA..
NYTE ALLS


MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG!


saja2 nak join segmen review blog oleh CIK MELUR ni kan :)
kalau korang na join meyh tgk kat SINI ...
semua orang bole join ok 
ok bubye :)

Thursday, March 10, 2011

tak confident ~~

aku teringin nak pakai shawl...
nak buat yang macam2 fesyen tu .. 
tapi aku tak yakin la..
aku rasa macam tak elok je muka aku ni bila digabungkan dengan shawl..
adoiii tolong la bagi aku ke confident an itu (paham kan)
seyesly teringin nak bergaya bagai tapi tak confident..
payahla kan hehehe
ada sorang member nina ni cakap kalo na bergaya kena berani ..
biarkan apa orang nak cakap asalkan kita yakin dah cukup..
aku akan cuba la kalau macam tu ahahahha..

aku nak jadi mcm dorang ni..confident je weyh hahahaha

Cara Mengatasi Gangguan Syaitan Dan Jin


AMALAN YANG PERLU KITA AMALKAN SENDIRI

1. Beri salam apabila masuk rumah dengan ucapan:

'Assalamualaikum..demi janji kamu dengan Nabi Sulaiman, keluarlah engkau dari rumahku dan jangan khianati sesiapa.'

2. Doa untuk bakar jin atau gangguan di rumah sebanyak 3 kali :

'Masya Allahu Kana Wamalam Yasya'lam Yakun Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim'.

3. Surah Al-Jin ayat 1 hingga 15.

4. Surah Assoffat ayat 1 hingga 10.

5. Ayat Kursi

Dikatakan doa di atas adalah doa Nabi S.A.W. yang telah di datangi syaitan yang mahu menyerangnya. Dengan membaca doa ini, akhirnya syaitan terbakar hangus. Surah Jin pula menerangkan tentang golongan jin manakala Surah Assoffat menerangkan kekuasaan Allah dan adanya satu bintang yang bernama Shihab iaitu bintang yang cerdik yang merejam syaitan dengan api dan paling ditakuti oleh syaitan yang mahu menaiki arash untuk mengetahui qada' manusia. Terdapatnya tukang2 tilik yang menggunakan syaitan untuk melihat masa depan dengan cara sampai ke atas arash dan perkara ini amat bertentangan dengan ajaran Islam. Bintang Shihablah yang merejam syaitan dengan api untuk sampai ke sana dan syaitan amat takut dengan membaca ayat ini.

 Hanya ayat Allah Maha Pencipta yang menjadikan sekalian alam yang boleh mengatasi niat jahat mereka yang ingkar.


SOURCE : incik google :)

Jeles ~~

assalamualaikum .. pembuka kata setiap kali aku buat entri baru.. mungkin ada setengah entri aku tak bagi salam kan.. mintak maaf la ye kawan2 :) abaikan masalah salam ni buat sementara waktu..

aku nak cakap pasal jeles ni sebenarnye..yang pertama aku jeles sangat tengok korang2 ni rajin gilak update blog..kenapa aku tak macam korang..korang dapat mana idea banyak2 tu ha..ce kongsi ngn aku..nak tak hahahaha dulu2 aku pon macam korang2 jugak.. kalau bole sehari 5 ke 6 kali na update rasanya la aku pon da lupe zaman rajin update blog tu hahahaha pastu makin lama makin slow and kadang2 traffic blog pon tak kencang..sedey makk ! hehehe nak buat macam mane sekarang aku buzy dengan practical .. nanti dah habes aku cuba la menjadi seorang blogger yang suka update blog harap2 macam tu la ..

ok yang kedua nya aku jeles la tengok orang yang kurus comel cantik sebab aku ni da la kurus dari kau gemok, tak comel pulak tu nak kata cantik perghhh jauh sekali la kan >.< sape2 yang ada petua macam mana nak kasik berat badan turun dengan jayanya and macam mane nak kurus ce kongsi dengan aku .. korang tak kesian ke dengan aku uwaaaaaaa sedey la macam ni

ok yang seterusnya aku jeles bila tengok orang bawak kereta. aku ni belajar kereta tak habes2 sebab nye aku buzy..seyesly sangat buzy..pakcik yang ajar aku tu pon dah bising asyik tangguh jek.. kepada pakcik itu nina mintak maaf dari ujung rambut sampai ujung kuku (bole tak macam tu) sebab dah banyak kali tangguhkan belajar.. bukan taknak tapi buzy la pakcik..sory ye.. korang doakan aku cepat abes belajar kereta and dapat lesen cepat2 tau hehehehe

ok seterusnya aku jeles la tengok orang ada bf .. bukan jeles sebab apa suka tengok dorang citer2 pasal boyfie dorang comell je kan .. aku na citer pasal sape... boyfie pon takde adoiii hehehehe tapi takpe la jodoh ajal maut semua di tangan Tuhan Yang Maha Esa kan.. aku bersabar dan berharap aku akan dapat boyfie yang betol2 pandai menghargai aku .. AMIN..

lagi satu grrrr aku jeles bila ada orang suka dorang ni.. jangan la suka dorang pegi la suka orang lain >.<
my boo <3
my KHJ <3 (ji hoo sunbae)
my JGS <3 (kang mun kyol)
GALANG 
 aku rasa macam panjang je entri ni.. ish2 nina2 apa nak jadi ni merapu tak tentu hala >.< bubye hehehe

aku di zaman kegemilangan -.-


Tuesday, March 8, 2011

Layan Baik-Baik

assalamualaikum :)
entry ni khas untuk jejaka-jejaka yang hangat dan yang tak hangat sangat kat luar tu -.- kesian korang kan haahhahaha sambil2 aku dengar lagu KENANGAN TERINDAH dari SAMSONS ni aku menaip entry yang tak berapa nak hebat ni untuk korang2 penyinggah setia blog kesayangan aku ni.. kiss sikit unutk korang muah2 hahaha

ok untuk pengetahuan korang mungkin la ada yang dah tahu tapi mungkin jugak ada lagi yang belum tahukan ..
hari ni HARI WANITA SEDUNIA so kepada jejaka2 kat luar sana meyh2 layan lah kami wanita2 ni sebaik yang mungkin hahahah selalu korang lain baik kan hari ni korang kena layan lebih baik dari biasa hahahahaha
dah macam HOTFM la plak kan hehehe

so pesanan daripada aku yang comel like boo ni (perasan kejap tak salah kan) aku mintak la pada sape2 yang masih ada ibu hargai lah mereka selagi mereka masih hidup.. jangan nanti dah takde baru nak menyesal tak sudah and those who have gepren (khas untuk lelaki) hargai la jugak gerpen korang yang setia ngn korang tu.. jangan la sia2kan dorang.. nanti kalau dah takde baru nak menyesal dengan apa yang korang dah buat apa kes kan.. tapi kalau awek korang tu tak hargai korang korang pon buat la cmtu jgk -.- ni aku cakap betol2 ni.. bukan cobaan hahahaha sudah2 makin panjang aku tulis makin merapu grrr bubye

comel kan aku time ni heee <3
iluvyoumak <3