Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H dan Selamat Berpuasa




alhamdulillah Allah bagi kita semua peluang lagi sekali untuk kita sama2 menyambut bulan Ramadhan yang mulia ni. Insyallah perbanyakkanlah amalan kita sepanjang sebulan kita berpuasa agar ianya tidak menjadi sia-sia. Lastly aku nak ucap SELAMAT BERPUASA pada sesapa yang singgah kat blog aku ni :) umat islam lah ye hee


dah lama tak bukak photoshop ni la jadinya :)


Tuesday, July 17, 2012

Mari Berpantun




sebelum baca tarik nafas pepanjang dulu, minum air dulu, kentut2 dulu ok :)

Hari-hari makan laksa,
Sedapnya kuah ikan kelisa,
Badan kuat seperti perkasa,
EH! esok hari selasa 

bau busuk bukan sedawa
tangkup hidung dengan baldi
sapa terkentut dia ketawa
patutler sesape dok gelak dari tadi 

aku tau hang yg kentut..
buang angin merata tempat,
tak nak ngaku kentut,
sebab melepas tak mnyempat!!! 

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery 

sepak bukan sebarang sepak,
ko lagi tak reti sepak,
bau ko lagi hapak..
pening aku beli minyak cap kapak! 

SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

 
ok nyte hehehe

Friday, July 13, 2012

Qaireen 2years bufday party




hai korang :) hah hamek kau tiap hari aku nak update blog kan. ntah kenapa aku rasa nak update je tiap2 hari macam dulu2. wahhhh over gitu ^.^

ok actually (omputih kau!) Qaireen ni anak buah aku. bufday party dia ni dah berkurun dah sebenarnye tapi disebabkan takde masa nak update so sekarang baru aku dengan bangganya nak update sikit gambar2 sekitar majlis hari jadi si cantik manis kesayangan KAMI SEKELUARGA hehee 










Wednesday, July 11, 2012

Lagi Sekali



 haii :) haaa tengok boo aku dah lambai2 kat korang. mohon korang lambai dia balik hehe hah title entry aku dah macam title untuk filem pulak. wahhhh gitu kan! apa ntah mood aku harini belambak je masa dan idea nak update blog buruk ni *psst aku dah bosan la layout yang sama je grrrrr

hah sekali lagi yang dibincangkan *dah macam lecturer aku terangkan topik study je* ok SEKALI LAGI yang aku maksudkan tu adalah jeng jeng jeng hahahah esok aku ada interview dekat MENARA MAYBANK tempat kerja lama aku tu. 
 
almaklumlah aku pekerja contract so contract yang lepas dah abis sekarang dipanggil interview untuk position lain pulak lulz~ malas sebenarnya tapi mak aku beria suruh pergi. taknak hampakan harapan dia aku pun pergi la. so guys wish me luck yar ^^ nak tido dah ni. babai

Wordless Wednesday




korang nampak ke tak maksud tersirat die *ok sila nampak =.=

p/s : aku suka lagu blog aku ni tenang jiwa. kau hado!! lulz~

Tuesday, July 10, 2012

Adam&Hawa



hai, selamat sejahtera, selamat malam, selamat pagi, selamat tidur, selamat senyum dan kasim selamat lulz~ hahaha sihai ke yong dan yob sekalian. diminta korang sihat la hendaknye hehehe 

korang pernah layan novel ADAM&HAWA? hah kalau nak tahu aku dah tak tahu berapa kali aku khatam citer tu hahaha best sangat. menusuk KOLBU hokey, repeat balik KOLBU hahahah nah2 baca sinopsis kat bawah ni. 


AIN  HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri.  Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah……. Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi……………………………………….

so pada yang tak pernah baca sila beli novel ni sure korang tak menyesal haha ok lah annyeonghi jumuseyo ^^ babai . assalamualaikum