Tuesday, July 10, 2012

Adam&Hawa



hai, selamat sejahtera, selamat malam, selamat pagi, selamat tidur, selamat senyum dan kasim selamat lulz~ hahaha sihai ke yong dan yob sekalian. diminta korang sihat la hendaknye hehehe 

korang pernah layan novel ADAM&HAWA? hah kalau nak tahu aku dah tak tahu berapa kali aku khatam citer tu hahaha best sangat. menusuk KOLBU hokey, repeat balik KOLBU hahahah nah2 baca sinopsis kat bawah ni. 


AIN  HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri.  Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah……. Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi……………………………………….

so pada yang tak pernah baca sila beli novel ni sure korang tak menyesal haha ok lah annyeonghi jumuseyo ^^ babai . assalamualaikum 


5 comments:

Anonymous said...

berapa juta kali dh aku ulang menda nih .best gilos

Saya Nina Syakira said...

@Aien Najib yeah sama la dgn aku . mula nye aku baca novel member last2 aku beli hahah sekrang tengah kumpul novel hehehe

Anonymous said...

sekrang pon oke jugak .mohon update kamus dewan bahasa dan pustaka .kehkeh .

kindergartenlibrary said...

wow .. macam best je . :)

Saya Nina Syakira said...

@Nelly The Strange memang best baca la :)