Saturday, October 25, 2014

Ke Korea Ke Kita

 
 
daehan minguk manse
sape tengok Superman Return korean variety show mesti kenal triplets ni
 
 
lama sudah tak menaip dan merajinkan jari jemari ku ini. faktor kesibukan yang melanda diri dan faktor kerosakan sebuah laptop membataskan segalanya. dan alhamdulillah finally dapat lah beli laptop dengan hasil titik peluh sendiri.
 
status aku sekarang adalah seorang usahawan gerai makanan kecik-kecilan. sebenarnya aku lebih kepada pekerja di kedai mak aku sendiri. berniaga kecik2 je tapi alhamdulillah poket tetap berisi dengan wang yang mampu bagi aku pegi vacation next year. panjangnya kemerapuan aku kan. alah nak mukadimah sikit je pon hahaha
 
nampak tak tajuk tu? nampak kan. ok actually selain dari nak pegi ke mekah untuk mengerjakan ibadah umrah atau haji aku jugak simpan niat nak pegi melacong ke korea. yes KOREA. boleh kata one of my wishlist jugak la nak melancong ke korea ni. dan alhamdulillah kalau takde apa2 halangan next year mungkin la eh mungkin aku akan ke sana dengan 2 orang rakan sekpop aku hahaha 
 
 
daehan minguk manse
antara tiga orang triplets ni la yang paling aku suka sebab dia too cute too handle
 

niat dihati nak menapak ke sana time autumn tapi maybe la akan kesana end of summer that means nak ke arah autumn jugak la around bulan ogos2015 insyaallah. "Eksaited x?" disebabkan belum pun lagi masuk tahun 2015 so takde istilah eksaited lagi cuma macam tak sangka je. betul ke, tak betul ke hahaha doa2kan lah ye kawan2. 

sekarang masih lagi menabung untuk mencapai bajet yang telah dikira. dan kami tak ambik apa2 travel agency just backpack. segala macam blog aku baca aku buat research untuk preparation. bajet pon dah dibuat. tapi macam aku kata lah dengan izinNya jugak kan. kita merancang Allah yang tentukan.

ok lah aku paham korang pon malas nak baca. next entry aku share pasal tempat2 yang biasa orang visit dekat korea hasil dari research aku. Selamat malam semua :)