Tuesday, December 31, 2013

2013 - 2014 ( HELLO 2014 )

2013 dah sampai penghujung, 2014 datang menjelma. Maknanya umur meningkat lagi 1 tahun dan yang pasti aku masih lagi bersendiri seperti 4 tahun yang lepas. Semoga tahun baru ni dapat la jumpa jodoh yang betul-betul ikhlas . Insyaallah.


Half of me
Azam tahun baru dirahsiakan . Biar diri sendiri je tahu. Cuma berharap diri ini dapat berubah ke arah kebaikan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan pada diri sendiri almaklumlah semua insan dalam dunia yang Allah ciptakan tak seorang pun yang sempurna, jadi apa yang kita boleh lakukan ialah memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. 

Alhamdulillah, 2013 banyak memberikan kenangan manis berbanding pahit. Walau masih memegang title penganggur sekurang-kurangnya aku berusaha sendiri untuk mencari kerja dan mencari duit agar tidak menyusahkan ahli keluarga dan yang paling penting halal ye. Berharap Allah murahkan rezeki aku pada tahun baru 2014 untuk mendapat kerja yang baik.

Anak buah terbaru dan hot dari oven
Kegembiraan baru bagi aku dan keluarga juga sebab saya dapat anak buah yang ke 2. Perempuan juga tapi takpe sebab boleh geng dengan kakak dia si Qaireen. Oh lupa pulak, nama anak buah baru saya ni Nur Hasya Imani. Sedapkan nama dia. ehem2 haha


Alhamdulillah, tahun 2013 ahli keluarga juga tambah lagi seorang. Kite dapat akak ipar baru yeayy hehe . Mohon tahun 2014 pon dapat lagi sorang akak ipar baru jadi time aku kawen senang banyak kakitangan untuk kenduri nanti hiks 

dapat birthday wishes dari Dazrin Kamarudin
Kenangan manis 2013 jugak, dapat wish birthday dari boss besar Dazrin Kamarudin. haa bukan senang tau. time busy pon masih dapat jugak kan. ok ni memang tak lupa la. oh happynyaaaa.

Jadi, itulah antara kenangan manis aku tahun 2013. kenangan pahit sejujurnya memang tak banyak jadi aku harap tahun 2014 pun macam tu jugak la. Insyaallah. 

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA. SEMOGA KORANG BERJAYA LAKSANAKAN AZAM TAHUN BARU KORANG :)

p/s : azam tahun baru aku nak kurus sebelum raya dan mohonlah berjaya. CHiawwww!




Wednesday, December 18, 2013

#Throwback Wedding Kawan-kawan


Mood menulis is up to 100% malam ni hehe so nampak tak tajuk yang gedevas gedevus tu haaaaa . Ramai kawan-kawan rapat dah kahwin. Aku ? jangan ditanya kerana masih tidak mempunyai calon hehe jadi marilah layankan gambar-gambar di bawah ye 

Bff paling rapat. Dah setahun dah dia bergelar seorang isteri
Dila [ Kawan rapat yang kelakar hehe tak sangka dia naik pelamin awal . Dia kawen bulan 6 tahun ni ]
Mimi [ Geng melepak ni. Kawen bulan 6 tahun ni jugak. seminggu lepas dila punya wedding
Semoga Allah memberkati persahabatan kami . Amin

Semoga Allah memberkati persahabatan kami . Amin

Wordless Wednesday



My family is everything <3 p="">

Salji Di Mesir Dan Vietnam


Mesir
Credit : GOOGLE
Vietnam
Credit : GOOGLE

Pastinya berita ni dah kecoh awal lagi kan kat mana-mana blog. Aku ni bukan lah ketinggalan zaman atau apa cuma nya takda masa nak update blog almaklumlah busy kan huhu

Ramai yang kaitkan peristiwa sajli turun di Mesir dan Vietnam ni adalah tanda-tanda nak Kiamat. Tak kiralah tanda nak kiamat atau apa tapi bersyukurlah Allah bagi peluang pada mereka-meraka untuk merasakan musim sejuk ni. Kita sebagai umat jangan lah tunggu tanda-tanda kiamat wujud baru nak berubah. 

Saya ingatkan untuk diri saya juga. Andai kata Malaysia pon salji turun bersyukur lah dengan nikmat sementara yang Allah bagi untuk kita orang Malaysia merasa musim sejuk dan main salji. Jadi janganlah pandai2 nak cakap sesuatu yang kita pon tak pasti. Bersedia je tak kira la bila pon. 

Credit : GOOGLE


p/s : macam mana lah agaknya orang2 malaysia kalau salji turun kat malaysia ni kan 



Sunday, December 15, 2013

Banglo Seksyen 2 Full Movie

memandangkan besok adalah cuti bagi aku yang berkerja sendiri ni maka harini adalah hari menghabiskan masa melayan movie-movie yang enak gedebom gedebas le hehe baru je kejap tadi aku layan cerita banglo seksyen 2 . Walaupun aku tahu itu bukanlah banglo yang sebenar seperti cerita asalnya tapi boleh tahanlah seram ceritanya *orang penakut macam aku ni yang tak seram boleh jadi seram 
Gambar dari filem 

aku tengok online je pon. Google sajalah. Segalanya dihujung jari anda {iklan sebentar} haha . kalau kamuorang nak tengok juga tanpa perlu menunggu ulangan siaran di astro anda boleh la klik link di bawah

ini mungkin rumah sebenar, tak tahu la betul ke tak

klik tau. ha udahlah. tu je nak share dengan korang. babai uolsss 

Thursday, December 12, 2013

12/12/2013

12/12/2013
Genap sudah 5 tahun awak pergi,
Meninggalkan saya,keluarga dan teman2.
12/12/2013
5 tahun yang lepas, saya menerima berita bahawa sahabat dan juga orang yang saya sayang telah pergi dari saya untuk selamanya. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya saya ketika itu. Tapi saya redha kerana Allah lebih sayangkan awak. Tenanglah disana sahabatku. 
12/12/2013 
Hanya satu yang ingin saya katakan, 
Sesungguhnya saya tidak pernah melupakan awak dan insyaallah saya akan sematkan segala kenangan kita dalam hati saya sampai bila-bila. Saya sentiasa doakan kesejahteraan awak di alam sana. 
12/12/2013
Dan yang paling pasti, susah untuk saya jumpa seseorang yang sangat memahami, yang sangat menjaga saya dan yang sangat mengambil peduli macam mana awak buat. Ya Allah sungguh saya rindukan awak. 
Tenanglah kamu disana SMA. Jenguklah aku, muncullah dalam mimpiku. Sayang awawak sampai bila-bila. Al - Fatihah 

Friday, December 6, 2013

Sahabat


Source by GOOGLE


Sahabat ketika kita senang memang ramai. 
Manakala sahabat dikala kita susah boleh dibilang dengan jari. 
Situasi yang biasa berlaku kepada sesiapa pun.
Baik kamu, kamu mahupun kamu.

Untuk mencari sahabat yang boleh dipercayai memang susah,
Aku ramai kawan tapi SAHABAT yang sesungguhnya hanya beberapa orang.
Dah memang nasib aku tertulis begitu, aku ditakdirkan untuk tidak mempunyai ramai kawan.

Aku pernah terima satu pesanan yang bebunyi,
hidup berkahwin dan berkeluarga serta mempunyai anak serta mempunya kerja tetap membuatkan hidup si penulis bahagia.

Ya aku tahu, aku tidak mendirikan rumah tangga lagi,
aku juga tidak mempunya kerja yang tetap melainkan berniaga sendiri bersama keluarga,
adakah itu tidak membahagiakan diri aku ?

Silap seribu kali silap wahai si penulis.
Hidup lah bagaimana caranya pun, berkahwin atau tidak, mempunya pekerjaan tetap atau tidak,
kita sendiri yang menentukan kebahagian hidup kita.
Walaupun aku tidak mempunya kekasih mahupun suami, aku masih mempunyai keluarga tersayang juga kawan-kawan yang bersama aku ketika aku susah. 

Sungguh emosi nukilan aku ini. Aku akhirinya dengan berharap akan tiba satu masa yang aku tak perlu lagi memikirkan mulut longkang si DIA itu. 

Sekian. Assalamualaikum