Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa ^^


assalamualaikum :) haaa besok dah puasa.. dah ready ke nak bangun sahur ni hehehe aku memang da terlebih ready dah ni.. apapun aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat islam dan aku harap bulan RAMADHAN kali ni membawa lebih erti dalam hidup korang berbanding dari tahun2 sebelumnya :) jangan curik2 makan pulan besok ye.. dosa tahu hahahaha 


p/s : tadi pegi semayang terawih best sangat sebab ramai orang :)

Saturday, July 30, 2011

Bayaran Fidyah Pada sesape yang tak sempat ganti puasa


assalamualaikum :) 


ok sebelum tu aku nak ucapkan takziah kepada family MOHD ASHRAF pada pukul 3 pagi semalam. Mohd Asyraf meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah pada awal pagi semalam. dia dimasukkan ke hospital setelah muntahmuntah dan mengalami kemurungan. Beliau disahkan telah meninggal dunia kerana masalah jantung dan tekanan darah rendah . semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman . al-fatihah


actually aku nak share pasal bayaran fidyah pada sesape yang tak sempat habis gantikan puasa yang tertunggak tu ... meyh tengok kat bawah ni 

Untuk tahun ni 1 cupak / 800garam = RM2.60 (1 hari)
So berapa hari anda tinggal atau tak sempat ganti?? contoh: 5hari.5 hari x RM2.60 = RM13.00
Mereka yang wajib membayar fidyah kerana meninggalkan puasa ialah:

1. Orang yang meninggalkan puasa ramadhan dengan sebab uzur dan dia ada masa mengqada’nya dan dia tidak mengqada’nya sehinga dia mati maka wajib walinya mengeluarkan tiap-tiap satu hari satu cupak makanan yang diambil dari harta peninggalannya. Ahli keluarga (wali) si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

Sekiranya si mati tidak mengqada’ puasanya dan telah masuk ramadhan yang lain maka wajib dua fidyah, satu fidyah puasa yang tak dapat diqada’nya kerana dia dah mati, dan satu fidyah melangkau qada’nya pada ramadhan yang lain, begitulah seterusnya jika puasa yang tidak diqada’ melangkau dua tahun, tiga tahun …… hukum ini berbeza dengan orang yang hidup, sila lihat no. 5. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan hanya perlu mengeluarkan satu fidyah sekiranya puasa yang tidak diqada’ telah diselang oleh satu ramadhan.

2. Orang yang meninggalkan puasa ramadhan dengan tiada uzur dan tidak ada masa mengqada’kannya sebelum dia mati, maka wajib atas walinya membayar fidyah secupak makanan untuk tiap-tiap hari yang ditingalkannya. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

3. Orang yang ada puasa nazar dan dia ada masa memperbuatnya tetapi dia tidak puasa sehinga dia mati, maka wajib mengeluarkan secupak makanan bagi tiap-tiap satu hari puasa yang dinazarnya. Fidyah itu hendaklah diambil dari harta peninggalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pihak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

4. Orang yang ada puasa kafarah sama ada kafarah jimak dalam bulan ramadhan, kafarah zihar, kafarah sumpah, atau kafarah bunuh, sedangkan dia ada masa mengerjakan puasa itu tetapi dia tidak berpuasa sehinga dia mati, maka wajib dikeluarkan setiap puasanya itu satu cupak makanan yang diambil dari harta peninggalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pihak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

5. Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehinga masuk ramadhan yang lain, wajib keatasnya mengqada’ puasanya dan mengeluarkan fidyah iaitu secupak makanan bagi tiap-tiap hari yang dilewatkan itu, sekiranya yang dilewatkan itu dua tahun, maka dua cupak, jika yang dilewatkan itu tiga tahun maka tiga cupak begitulah seterusnya.

Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehingga masuk ramadhan yang lain hanya wajib mengqada’kan puasanya sehari jua bagi tiap hari yang ditingalkan, dan tidak perlu dia menggandakan qada’nya hanya yang diganda bilangan cupak yakni bilangan fidyah.

6. Perempuan yang hamil yang meningalkan puasa ramadhan sebab takut mudarat anak dalam perut sedang tidak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’.

7. Perempuan meninggalkan puasa ramadhan sebab takut mudarat anak dengan sebab kurang susu tetapi tidak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’

8. Orang yang terlalu tua, wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.

9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.
10. Orang yang berbuka puasa ramadhan kerana menolong orang yang tenggelam air atau lainnya maka dia wajib qada’ serta fidyah.


Jadual wajib fidyah. Sila lihat di bawah lebih terperinci:
klik gambar utk tumbesaran

Mereka yang tidak wajib membayar fidyah kerana meninggalkan puasa.

1. Orang yang meninggalkan puasa ramadhan dengan sebab uzur dan dia tidak ada masa mengqada’nya sehinga dia mati. Contoh tidak ada masa mengqada’, seperti dia mati selepas ramadhan, atau berkekalan sakit sehinga dia mati.

2. Orang yang ada puasa nazar dan dia tidak ada masa memperbuatnya sehinga dia mati. Contoh seorang yang bernazar sekiranya dapat anak dia akan berpuasa selama tiga hari, kemudian dia pun mendapat anak dan dia mati pada keesokkan harinya atau sakit pada keesokkan harinya sehinga mati maka tidak perlu dikeluarkan fidyah kerana dia tidak ada masa memperbuatnya.

3. Orang yang ada puasa kafarah dan dia tidak sempat memperbuatnya dan dia pun mati atau sakit berterusan sehinga mati.

4. Perempuan yang menyusukan anak yang takut mudarat pada dirinya atau yang takut mudarat pada dirinya dan anak yang disusuinya.

5. Perempuan hamil yang takut mudarat dirinya atau mudarat dirinya dan anak di dalam kandungannya.

6. Perempuan yang meningalkan puasa ramadhan dan dia tidak dapat mengqada’nya dengan sebab menyusukan anak atau hamil sehinga berselang beberapa ramadhan. Perempuan ini tidak perlu membayar fidyah dan dia hanya perlu mengqada’ puasanya sahaja. Contoh, seorang perempuan beranak sebelum ramadhan dan dia tidak berpuasa kerana dia di dalam nifas, setelah ramadhan darahnya berhenti dan dia sedang menyusukan anak, dalam masa dia menyusukan anaknya dia hamil dan seterusnya dia beranak, dan masuk ramadhan yang lain sedangkan dia tidak mengqada’ puasanya yang telah dia tingalkan kemudian dia menyusukan anak lagi begitulah seterusnya sehinga beberapa tahun. Oleh kerana dia hamil dan menyusukan anak maka dia dikira ada uzur. Dan dia boleh (tidak berdosa) menangguhkan qada puasanya sehinga masuk ramadhan yang lain
p/s : renung-renungkan dan selamat beramal :)

source by : encik google and blog kakak ipar 

Tora Datang Lagi ! ^^

assalamualaikum :) hai2 korang2 yang tengah baca netry kat blog buruk ni. sihat tak ? err aku sihat tapi tangan sakit belah kiri ni sebab tadi pegi cucuk TAB untuk masuk keje kat KFC. nak nangis bole tak uwaaaaaa hehehe tadi pegi TESCO jap hantar borang cucuk kat KFC and diorang kata maybe hari isnin baru start keje. means aku start keje 1 Ramadhan la kan. haih kuatkan la iman aku time aku keje nanti hahaha 

akhirnye RAMADHAN yang mulia dah datang balik ^^ so happy sebab setahun sekali je kan kita alami bulan RAMADHAN ni. semoga RAMADHAN kali ni membawa lebih banyak kenangan dan kesejahteraan dalam hidup aku dan jugak korang semua. SELAMAT BERPUASA diucapkan kepada semua yang baca entry ni :) tamau gaduh2 tau. sesape yang ada gaduh2 tu silalah berbaik ok :) bagi LELAKI silalah berpuasa penuh ye kami orang pempuan ni ada excuse. ok lak malas lah nak type panjang2.. see u in the next entry :) 

comel mcm aku kan hee ^^
p/s : selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak ye korang :) jangan ponteng puasa taw ^^

Friday, July 29, 2011

Aku mintak maaf ! Ni semua salah aku


baru aku perasan yang aku tak makan dari pagi tadi .. padan la aku lapar tak tentu hala adoii hahahaha nak kena goreng ketiaw la jawabnye.. lapar2 seyes.. 

Aku nak pegi HAJI !

assalamualaikum dan hai :) wahh dah macam rancangan MALAYSIA HARI ESOK je kan hee
hah aku dah nak pegi haji korang bile lagi ( ciss takbur sgt aku memang tak sampai la jawabnye kan) hahaha ok korang kena tipu lagi sebenarnye ini yang aku nak tunjuk ni


cube tgk keyword yang atas sekali hahahaha ramai pulak tu haish heheheh petanda aku dah nak jadi HAJAH ke LOL hahaha ok.. ok anyeonghi jumuseyo ^^

Thursday, July 28, 2011

Nak Kumpul duet !

assalamualaikum dan hai :) weheeee sekarang ni aku agak excited sebab aku maybe akan mula bekerja time bulan puasa ni and sementara dapat keje lain aku akan stay dengan keje tu.. keje tak la bagus mana aku cume apply keje kat KFC..tak salah pon kan ak cari duet.. harap2 aku bole tahan lama dengan keje ni sebab aku dah penah keje dah kat KFC before aku masuk belajar hari tu.. antara sebab2 aku nak keje first nye nak ringankan beban mak sikit pastu nak beli apa yang aku nak la.. tayah la susah2 mintak kat mak kan..korang2 semua doakan aku ok :)

ok sekarang aku nak tukar topik sekejap.. entah kenapa 2 3 harini aku gilakan sesuatu yang tibe2 je menjengah fikiranku ini cewahhhh sekarang aku gilakan sebuah camera yang sangat la comel and macam yang korang tahu aku kan gila sangat dengan warna PINK..even aku dah ada baby CANON EOS500d tapi aku harap aku dapat beli this camera and sangat2 berharap dan mulai sekarang aku nak kumpul duet sebab nak beli camera comel ni :)




comel kan :) die ada macam2 warna tapi aku minat sangat dengan warna PINK tu sebab menampakkan lagi kecomelan benda tu wahhh.. doakan aku berjaya memiliki camera ni ok :) 

p/s : sangat2 berharap and akan kumpul duet utk beli benda ni ^^

Monday, July 25, 2011

Amy Winehouse Mati di usia muda


ok ak pon baru tau dari abang aku berita ni... 
sebab apa aku taktau so kalau nak tau lebih lanjut GOOGLE ok :) 

Sunday, July 24, 2011

Rasa2 korang ?




assalamualaikum :) annyeong haseyo ^^
korang rasa blog aku ni berat tak ?
sila komen kat bawah ni ye sebab kalau berat nak adjust2 and nak buang2 apa yang patut nak kasik blog ni ringan :) kerajasama anda sangat la dihargai ^^
Gomawo chingu ... annyeonghi jumuseayo 

Bola !


even korang kalah tadi tapi aku rasa korang the best la :)
malas nak komen atau kritik pape sebab aku takde kat tempat korang ..
wish u all luck guys :)
buat yang tebaik nanti ok :)

HARIMAU MALAYA HWAITING ~~

Saturday, July 23, 2011

Facebook tu apa ?

kalau boyfriend buat cmni mmg aku suka sgt la kan :)

sekarang aku bukan nak cakap pasal gambar yang sweet ni tapi aku nak cakap pasal laman sosial kesukaan korang tu apa ke lagi FACEBOOK la apa lagi.. aku sekarang semak bukak FB tu sebab kadang2 yang ada kat home aku tu orang update status ntah pape.. pasal gadoh2 la apa la.. haih wake up la.. cuba la jadi matang .. gaduh tayah la nak mention and bagitau kat semua kawan2 kan ... kalau nak bgtau jugak lantak korang la.. kadang2 tu aku tengok orang yang sama update status selang 5 minit.. hebat siak kau hahahha

aku pon tak banyak idea macam korg tau nak update status FB selang 5 minit .. aku rasa orang yang jenis mcm tu baik la pegi buat account TWITTER lepas tu korang tweet la sampai lebam ha yang tu memang la aku tak kisah kan.. kadang aku terpikir FACEBOOK tu apa sebenarnye tempah nak mencari gaduh ke..

aku ni pon bukan la suka2 nak bising pasal hak orang lain nak update status tapi haih seyes aku semak.. baik aku tengok movie kat laptot dari aku on9 FACEBOOK tu ahahha dan kadang2 FACEBOOK tu boleh jadi tempat mencari gaduh.. macam2 boleh jadi.. aku tak penah kena lagi la tapi biasanya ada la yang kena.. tempat orang melempias nafsu pon boleh jadi tau.. ish2 bahaya la FACEBOOK hahahah sekarang ada pulak virus yang datang.. kalau korang penah kena la tetibe je naik IM dr kawan2 korang tapi cakap omputih hah sahih la tu virus so kalau dapat jgn balas ok :) aku dah dua kali kena..

agaknye lah kan aku ni dah tua kot sebab tu aku merepek pasal FACEBOOK ni.. dulu time muda2 happy beno la dengan FACEBOOK tu (eleh macam la aku tua sangat kan) hahahahha saya 'orang tua' yang takde boyfriend.. tak pecaya? lantakkan hahahaha ok la nak tido :) nunyte ^^  annyeong <3
p/s : sesape yang tak suka dengan entry saya ataupon isi2 didalam blog ni atau po tak suka blog ni sila lari dari sini .. haih 

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Just Think !


hidup tak selalunya indah 
kadang kala kita di atas
dan kadang kala kita dibawah
itu adat dalam kehidupan

apa yang terjadi 
semua mempunyai sebab
apa yang penting
kita perlu kuat menghadapi semua dugaan

kecewa, sakit hati, dendam 
semua pedih untuk kita telan
tapi masa akan menyembuhkan 
kita hanya perlu sabar dan tabah

p/s : semua yg jadi kat aku, aku dah berjaya lepaskan segala kecewa dendam dan benci sbb aku taknak hidup dalam kenangan :)

Saturday, July 16, 2011

For The First Time Lover

assalamualaikum :)
nothing special untuk entry ni just nak share 1 lagu yang sangat sweet :) suka sangat lagu ni sbb sangat sweet :)



LAYAN LA YE ^^

Friday, July 15, 2011

SAYA SUKA ONLINE SHOPPING


assalamualaikum semua :)
aku dah di tag oleh "kakak syg" Cik Aien untuk join this contest.. err btw thanks Aien sbb dah invite aku utk join contest ni.. act dah lama sangat aku tak join benda2 mcm ni tapi sekali sekala mencuba nasib tak salah kan.

kat bawah ni sponsor utk giveaway kali ni :

shawl and inner by ButikPinkku

kain pasang BY BUTIK MYRANIA

Baby Apparel and cosmetic BY LOVEONE SHOP

tudung denim BY MAZNIZA OTHMAN'S SHOP

Lens and handbag BY BIFA'S COLLECTION

Lovely Clutch By ISLAMICO PARADISE

MAC cosmetics BY STYLEHOLIC CHICK


Pin Comel BY KITTY SHAWL

Accesories BY MIDFASHION SHOP

Accesories BY NURWIYAH COLLECTION

Sebab2 aku suka online shopping ?

~kadang2 barang yang aku nak takde dekat kawasan sekitar aku ni so better beli on9 sbb biasanya online shop banyak barang2 lawa and best 

~sometimes bile pegi kedai aku selalu kena follow org kedai, nak beli barang pon tak senang so bila beli on9 ni nak tengok apa pon takpe tak rasa rimas dengan gangguan orang lain

~ yang paling best sepanjang aku beli barang on9 owner diorang semua sempoi and boleh bertolak ansur, tak belagak. kadang2 kalau beli kat kedai memang payah nak jumpa yang bagus2.. memaksa lagi ada la.. ini aku cakap berdasarkan pengalaman ..

kalau korang nak tau syarat2 die dengan lebey lanjut korang boleh tgk kat SINI

aku nak tag dekat :

Thursday, July 14, 2011

Aktiviti Pukul 6.30 PM

assalamualaikum :)
wehuuuuuuu malam ni terpaksa berjaga lama sikit sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan :) dan sementara menuggu untuk mata terpejam sambil bermimpi NICKHUN oppa aku dengan tak sengaja sign in blog lepastu selamba dekk nye aku menhapdate blog ni ^^


cube korang baca tajuk tu. ada tak korang tertanya-tanya apa maksud tajuk entry ni hahahaha ok aku just nak share dengan korang apa yang aku buat dari hari isnin sampai jumaat waktu pukul 6.30pm ni..


ok bermula hari isnin :
ok tepat jam 6.30 pm aku mula bergegas dengan beg plastik berisi bawang duduk pulak kat depan TV bukan channel ONEHD sebabnye aku nak tengok cite STAR KING. diacarakan HO-DONG dan dibantu oleh LEE TEUK Suju. citer ni best sebab die bagi peluang kat orang biasa yang bukan artis tunjuk bakat diorang kat sini.. macam2 bakat yang korang dapat tengok . kalau korang langgan ASTRO BEYOND for sure korang bole tengok rancangan ni kan sebab ONEHD ni bole tengok if kite ada ASTRO BEYOND je ^^

hari selasa :
nama rancangan ni pulak "FAMILY COMES HERE". yang ni artis2 tetap reality show ni akan pergi kat mana2 kampung then dorang pilih 1 rumah untuk tolong buat kerja means dorang akan stay kat rumah tu 1 malam.. tuan rumah tu pulak pihak krew hantar dorang pegi holiday. semua kos holiday rancangan ni yang tanggung. diorang akan panggil artis jemputan jugak setiap minggu.. seronok tengok citer ni sebab diorang ni sangat rapat dah macam adik beradik betul. tapi dah nak habis da sbb semua yang jadi artis tetap dah masing2 busy. antara yang ad kat dalam show ni Jae Seuk, Jong Kook, Hyo-Ri FINKL, Dae sung BigBAng. 

hari rabu :
yang ni pulak SBS INKIGAYO (MUSIC BANK). lagu2 baru korang akan dapat tau bile group atau penyanyi solo diorang buat comeback. tapi yang ni dekat channel KBSWORLD pon ada.. aku tau lagu2 baru pon sebab music bank ni la and ofkos sebab abang aku bg info ^^  tadi 2PM buat comeback lagu diorang "Hands Up". 2PM ni fav band aku hehehe pastu yang menang music citizen minggu ni kumpulan f(X) lagu "Hot Summer" and f(x) pon band perempuan yang paling aku suka weee 


hari khamis :
yang ni pulak rancangan talk show yang dikendalikan Ho-Dong dengan Lee Seung Gi. yang ni artis2 akan cerita pengalaman diorang sendiri sebab nak dapatkan gelaran strong heart tu.. susah plak nak terang tapi rancangan ni unik sebab ada AKADEMI TEUK. Lee Teuk , Shin Dong and Eun Hyuk yang buat akademi TEUK ni. dorang buat lawak la hahahaha ok aku gelak sensorang =.=

hari jumaat :

hari jumaat pack sikit la sebab ada 2 rancangan yang aku layan first RUNNING MAN and second HEROES .. mostly yang kau share malam ni semua reality show and talk show. Running Man seronok sebab die ada banyak game yang tak buat kite bosan bile tengok contohnye main kejar2 pasukan lawan, cari guest diorang tempat pulak diorang wat kat tempat yang best2 so tak bosan la tengok. HEROES plak artis2 gurl yang majoriti dari group idol macam After School, KARA, T-ARA, dorang wakilkan la sorang dari grup dorang, ada jugak penyanyi solo and pelakon antaranya IU, Su-a, In-Na, Bong-Sun. yang ni kebanyakan nye buat aktiviti amal. dan akan dibahagikan pada 2 kumpulan la selalunye ^^

ok agak2 korang faham tak bila aku explain pasal citer2 ni.. ok kalau tak faham entahla hehehe now i'm so so so so addicted dengan korean show. movie ke apa ke memang semua aku layan. huh letih la type panjang2.. hahha kalau rajin silalah like and comment.. ok babai ^^





Tuesday, July 12, 2011

Sunyi !


aku bukanlah seorang yang bernasib baik dalam persahabatan ..
secara jujurnye aku tidak mempunyai ramai sahabat ..
aku masih mencari sesiapa yang sudi menjadi teman dikala suka dan duka ..
semoga aku berjaya mencari dan memiliki seseorang yang kau mampu panggil "SAHABAT"

Saturday, July 9, 2011

Bersih !

bersihkan gigi anda 
untuk sihat dan menyegarkan

JENAMA C ke , oh bukan itu
JENAMA D ke, oh bukan juga

yang terbaik dan menyihatkan 
OH MORNING KISSS

( hahahahaha tibai je lirik ni..sebab semua dok sibuk pasal kempen BERSIH tu kan hahaha)


Thursday, July 7, 2011

Not In Mood !


harini nak buat apa pon macam tak kena je.. sebab selesema teruk gila.. 
ok babai

Wednesday, July 6, 2011

Seronok Ke Jadi ANON !

assalamualaikum ..
tadi tengah aku berblogwalking and menjadi seorang silent reader tetibe aku terjumpa satu situasi yang macam ni 
exBF korang menyamar jadi ANON lepastu kutuk2 korang !

apa motif sebenarnye tu ?tak perlu lah weyh nak jadi ANON bagai lepastu kutuk2 plak exGURL kau tu .. apa kes.. time tengah bercinta tak pulak kau kutuk2 die.. die punya blog sukati die la nak letak apa ke tulis apa ke, yang kau komen tak related dengan post die tu pahal (ok teremosi jap)

bukan apa tak seronok la pulak aku sebagai pembaca ni, aku nak baca komen yang baik2 and related dengan post bukan nak baca benda bukan2 yang kau kutuk exGF kau tu ... sudah2 la buat dosa tu. benda yang dah lepas tu sudah2 la lupakan la.. biar la exGF kau bahagia dengan boy die .. kau pegi la jauh2 dari hidup die.. ok babai

Tuesday, July 5, 2011

Aku Dirisik Orang ~


tadi lepas balik dari kedai mak , mak tetibe suruh aku bersiap pakai baju kurung bagai .. aku bajet mak aku nak bawak pegi kenduri ke apa .. aku tak banyak cakap teros je pegi siap sebab malas nak tanya banyak2 kang mesti kne marah kan haih hahahaha

lepas siap2 aku tengok mak kemas atas meja letak kueh2 sikit pastu die buat air bagai kan, aku pon dengan penuh bersemangat tanya la kat mak aku "mak ade sesape nak datang ke beria beno hidang2 ni ", mak aku plak dengan selamba je jawab "ada orang nak datang merisik adik harini' ... GULP! ternganga aku . patut la beria suruh aku pakai lawa2 siap2 pakai baju kurung bagai.

aku mana sedia lagi weyh benda2 macam ni. nak je aku lari time tu .. lepas tu aku cakap la kat mak cancel la aku tanak kawen lagi . tak pasal2 aku kena marah .. nak nangis kot time tu .. hish.. lepas 15 minit aku tunggu orang yang kami tunggu pon sampai.. sejuk beku tangan aku time tu .. lepas ak salam2 dengan semua dorang panggil budak laki tu masuk.. pastu tibe-tibe aku cakap ..................




KORANG KENA TIPU HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHA
ok sori la ganggu korang .. babai :)

p/s : aku bosan dan terpikir idea ni heheheh sory

Sunday, July 3, 2011

Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?

assalamualaikum ..
hmm tadi tengah sebok godek2 FACEBOOK tetibe terjumpa satu notes yang membuatkan aku tersedar and plus rasa takot secara tiba2. kalau aku tak baca notes tu aku rasa aku pon mungkin takkan terpikir macam apa yang aku baca tu . aku copy kat blog ni sebab mungkin ada lagi yang tak tengok. and aku harap pada yang baca aku mohon korang share jugak la kat blog korang.. SHARING IS CARING right :)


mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access..   dan   selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat..   macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana?   mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya   tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat   tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~   jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..

moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~   renung-renungkan da selamat beramal :)  

P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.

Saturday, July 2, 2011

Aku MALU weyh !

assalamualaikum ..
sebenarnye ni entry semalam yang tak habis di taip hahahaha lawak betul. tanak cite panjang2 korang ad tengok tak video pasal budak kfc breeding ayam letak kat kasut ?? cilakos betul.. wat maloo nama KFC weyh. ak sebagai EX-STAFF KFC malu dengan tindakan korang . memang kurang hajar.. barang makan tu bhai.. tak pikir ke ? kalau korang nak tgk meyh tengok video and gambar ni


sory sebab kualiti gambar tak bagus.. 

mood : bengang dengan budak kfc dalam video ni tapi taktau la dari branch mana.. hope pihak HQ boleh tinjau ni.. aku maloo weyh . dulu kat branch aku takde pon staff yang macam ni

Friday, July 1, 2011

Saengil chukha hamnida Lee Teuk Oppa ♥



Saengil chukha hamnida oppa 
Lee teuk ni leader kumpulan Super Junior :) wehuuuu !