Saturday, July 30, 2011

Bayaran Fidyah Pada sesape yang tak sempat ganti puasa


assalamualaikum :) 


ok sebelum tu aku nak ucapkan takziah kepada family MOHD ASHRAF pada pukul 3 pagi semalam. Mohd Asyraf meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah pada awal pagi semalam. dia dimasukkan ke hospital setelah muntahmuntah dan mengalami kemurungan. Beliau disahkan telah meninggal dunia kerana masalah jantung dan tekanan darah rendah . semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman . al-fatihah


actually aku nak share pasal bayaran fidyah pada sesape yang tak sempat habis gantikan puasa yang tertunggak tu ... meyh tengok kat bawah ni 

Untuk tahun ni 1 cupak / 800garam = RM2.60 (1 hari)
So berapa hari anda tinggal atau tak sempat ganti?? contoh: 5hari.5 hari x RM2.60 = RM13.00
Mereka yang wajib membayar fidyah kerana meninggalkan puasa ialah:

1. Orang yang meninggalkan puasa ramadhan dengan sebab uzur dan dia ada masa mengqada’nya dan dia tidak mengqada’nya sehinga dia mati maka wajib walinya mengeluarkan tiap-tiap satu hari satu cupak makanan yang diambil dari harta peninggalannya. Ahli keluarga (wali) si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

Sekiranya si mati tidak mengqada’ puasanya dan telah masuk ramadhan yang lain maka wajib dua fidyah, satu fidyah puasa yang tak dapat diqada’nya kerana dia dah mati, dan satu fidyah melangkau qada’nya pada ramadhan yang lain, begitulah seterusnya jika puasa yang tidak diqada’ melangkau dua tahun, tiga tahun …… hukum ini berbeza dengan orang yang hidup, sila lihat no. 5. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan hanya perlu mengeluarkan satu fidyah sekiranya puasa yang tidak diqada’ telah diselang oleh satu ramadhan.

2. Orang yang meninggalkan puasa ramadhan dengan tiada uzur dan tidak ada masa mengqada’kannya sebelum dia mati, maka wajib atas walinya membayar fidyah secupak makanan untuk tiap-tiap hari yang ditingalkannya. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

3. Orang yang ada puasa nazar dan dia ada masa memperbuatnya tetapi dia tidak puasa sehinga dia mati, maka wajib mengeluarkan secupak makanan bagi tiap-tiap satu hari puasa yang dinazarnya. Fidyah itu hendaklah diambil dari harta peninggalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pihak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

4. Orang yang ada puasa kafarah sama ada kafarah jimak dalam bulan ramadhan, kafarah zihar, kafarah sumpah, atau kafarah bunuh, sedangkan dia ada masa mengerjakan puasa itu tetapi dia tidak berpuasa sehinga dia mati, maka wajib dikeluarkan setiap puasanya itu satu cupak makanan yang diambil dari harta peninggalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pihak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

5. Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehinga masuk ramadhan yang lain, wajib keatasnya mengqada’ puasanya dan mengeluarkan fidyah iaitu secupak makanan bagi tiap-tiap hari yang dilewatkan itu, sekiranya yang dilewatkan itu dua tahun, maka dua cupak, jika yang dilewatkan itu tiga tahun maka tiga cupak begitulah seterusnya.

Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehingga masuk ramadhan yang lain hanya wajib mengqada’kan puasanya sehari jua bagi tiap hari yang ditingalkan, dan tidak perlu dia menggandakan qada’nya hanya yang diganda bilangan cupak yakni bilangan fidyah.

6. Perempuan yang hamil yang meningalkan puasa ramadhan sebab takut mudarat anak dalam perut sedang tidak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’.

7. Perempuan meninggalkan puasa ramadhan sebab takut mudarat anak dengan sebab kurang susu tetapi tidak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’

8. Orang yang terlalu tua, wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.

9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.
10. Orang yang berbuka puasa ramadhan kerana menolong orang yang tenggelam air atau lainnya maka dia wajib qada’ serta fidyah.


Jadual wajib fidyah. Sila lihat di bawah lebih terperinci:
klik gambar utk tumbesaran

Mereka yang tidak wajib membayar fidyah kerana meninggalkan puasa.

1. Orang yang meninggalkan puasa ramadhan dengan sebab uzur dan dia tidak ada masa mengqada’nya sehinga dia mati. Contoh tidak ada masa mengqada’, seperti dia mati selepas ramadhan, atau berkekalan sakit sehinga dia mati.

2. Orang yang ada puasa nazar dan dia tidak ada masa memperbuatnya sehinga dia mati. Contoh seorang yang bernazar sekiranya dapat anak dia akan berpuasa selama tiga hari, kemudian dia pun mendapat anak dan dia mati pada keesokkan harinya atau sakit pada keesokkan harinya sehinga mati maka tidak perlu dikeluarkan fidyah kerana dia tidak ada masa memperbuatnya.

3. Orang yang ada puasa kafarah dan dia tidak sempat memperbuatnya dan dia pun mati atau sakit berterusan sehinga mati.

4. Perempuan yang menyusukan anak yang takut mudarat pada dirinya atau yang takut mudarat pada dirinya dan anak yang disusuinya.

5. Perempuan hamil yang takut mudarat dirinya atau mudarat dirinya dan anak di dalam kandungannya.

6. Perempuan yang meningalkan puasa ramadhan dan dia tidak dapat mengqada’nya dengan sebab menyusukan anak atau hamil sehinga berselang beberapa ramadhan. Perempuan ini tidak perlu membayar fidyah dan dia hanya perlu mengqada’ puasanya sahaja. Contoh, seorang perempuan beranak sebelum ramadhan dan dia tidak berpuasa kerana dia di dalam nifas, setelah ramadhan darahnya berhenti dan dia sedang menyusukan anak, dalam masa dia menyusukan anaknya dia hamil dan seterusnya dia beranak, dan masuk ramadhan yang lain sedangkan dia tidak mengqada’ puasanya yang telah dia tingalkan kemudian dia menyusukan anak lagi begitulah seterusnya sehinga beberapa tahun. Oleh kerana dia hamil dan menyusukan anak maka dia dikira ada uzur. Dan dia boleh (tidak berdosa) menangguhkan qada puasanya sehinga masuk ramadhan yang lain
p/s : renung-renungkan dan selamat beramal :)

source by : encik google and blog kakak ipar 

1 comment:

sukiey wardi said...

i love your blog nina :)