Thursday, June 30, 2011

Apa itu STALK ?

assalamualaikum . jawab tau kalau korang tak jawab dosa hahahaha bosan la malam ni. pahal ntah. semua citer dalam lappy ni aku dah khatam. dah tatau nak buat apa so apa lagi aku sign in blog and mulakan aktiviti menaip seperti biasa (padahal update blog pon jarang2 kan hahaha)

tetibe hari ni terasa na cakap pasal STALK ? sebenarnye aku pon tak berapa nak faham lagi erti STALK ni. tapi kalau dari segi pemahaman aku ni STALK ni kite intai seseorang tapi bukan intai die mandi ok .. haip dosa tu ketumbit mata tu nanti HAHAHAH
ha lebih kurang macam ni la ketumbit tu 
contohnya korang STALK someone punya page FB atau TWITTER tu pon kalau die tak private and biasanya yang jadi macam ni selalunya pada musuh kita. haaa nak tau apa die cakap la konon2 nya kan. korang rasa korang penah kena STALK tak . jujur la sometimes aku ada je STALK page orang tapi kawan2 aku la hahahaha takde pulak ak STALK page orang yang aku benci. kalau aku benci baik block terus kan lagi senang . and aku rasa takde sapa jugak yang stalk aku sebab aku tak howt mana pon . kan ? hahahah 

SEKIAN

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #3


sila teka kenapa aku letak gambar cupcake untuk wordless wednesday kali ni heheheh

Tuesday, June 28, 2011

Happy Birthday Seo Hyun ~



HAPPY BIRTHDAY Seo Hyun SNSD 

(saya agak addict dengan KOREA)

Plzzzzz Tolong AKU :(













plzzzzz tolong la klik :) hehhehe Hanya ALLAH yang mampu balas jasa baik korang :)

Fobia ~~


korang terjebak tak dengan masalah fobia ni ?
aku terjebak nak tau apa ? 
banyak benda yang membuatkan aku fobia ? tak banyak mana pon sebenarnye hahaha

FOBIA AKU :
aku fobia makan kerang sebab pernah termakan kerang busuk .
aku fobia dengan gelap .
aku fobia dengan janji manis LELAKI (tapi tatau la sampai bile hahaha)

kalau korang ada masalah fobia meh share dengan aku just tinggalkan dekat comment and like jugak ye :) ok babai 


Sunday, June 26, 2011

Dulu VS Sekarang

assalamualaikum ~
jawab tau kalau tak jawab dosa lalalalala hahahaha ok entry yang agak ringkas untuk malam ni sebab nak kena bangun awal besok nak bersahur :) ganti puasa la apa lagi hahaha biasa la kita perempuan ni mana bole puasa penuh. datang bulan purnama nanti tak dapat la nak puasa kan HAHAHA 


ok straight to the point la kan, mengikut title entry ni sebenarnye berkaitan blog jugak hahaha aku jeles la tengok blogger lain rajin update blog diorang . dulu time aku addict gile dengan blog aku pon macam diorang gak . kalau boleh sehari 5 - 6 entry aku buat . tengah fresh lagi otak time tu . banyak la idea yang datang kan HAHAHA tapi sekarang payah beno nak update sebab otak dah kekurangan idea adoiiiii sedih2.


kan seronok kalau dapat kembali ke zaman dulu2 hahahaha kalau dulu setiap hari mesti ada update baru haih entah kenapa sekarang malas da =.= takpe la yang penting aku tak abaikan blog ni kan . 


and pada sesapa yang dah singgah blog ni and follow sory sangat sebab tak jenguk lagi ke blog korang . nanti dah ad masa terluang aku sure pegi singgah rumah korang yang cantik2 and comel2 tu.. ok lah nak melelapkan mata mengantuk gile da ni.. 


KASAMNIDA CHINGU <3 (dah baca tu rajin2 la tekan like ye)

Thursday, June 23, 2011

Sembuhkan ~



Hati ~
Bila bicara pasal hati 
Pelbagai cerita bermain di minda
Dengan hati banyak benda boleh muncul
Sayang , Benci , Rindu, Sedih , Kecewa semua berpunca dari hati

Hati ~ 
Pelbagai jenis rasa sayang yang muncul dari hati
Sayang sebagai teman
Sayang sebagai kekasih
Juga berpunca dari hati

Hati ~
Tapi hanya satu perasaan yang sentiasa kekal dalam diri 
SAYANG KEPADA ALLAH YANG SENTIASA KEKAL

Dalam apa jua masalah yang menimpa diri korang, tak kira masalah apa pon cume perlu tahu ALLAH sentiasa ada dengan kita. Jangan terpedaya dengan pujukan syaitan yang sentiasa nak menyesatkan kita. Mintak maaf kalau entry kali ni agak jiwang atau korang menyampah sila maafkan saya :)


Wednesday, June 22, 2011

JANGAN CARI MASALAH BOLEH !!!

assalamualaikum. jawab jangan tak jawab. dosa kalau tak jawab weeee :) 
geram betol la aku. kenapa tiap2 hari aku kena geram. tak payah geram boleh tak nina. yang kau na kesah aku geram tiap2 hari kenapa. ok aku dah merapu. sebab2 aku merapu macam ni masih lagi dicari. jadi pada sesapa yang dah jumpa tu sila ON NINA dan sent kat 00000 hahahahahaha

takde apa pon lah sebenarnye. aku geram la kenapa harini aku tak bole nak upload gambar kat blog aku ni. ada sesapa tau tak. taktau takpe la. malas nak kacau korang dah.

OK BABAI

Monday, June 20, 2011

VIRUS BARU DAH MUNCUL

ok kalau berdasarkan tajuk boleh dikatakan memang entry kali ni takde kena mengena lagsung dengan tajuk hahahahah jahat tak aku .. tak jahat mana la pon sebenarnye.. hari ni dengan tibe-tibe nye jerawat naik kat atas muka kau yang tak berapa nak lawa ni.. adoiii sakit pulak tu .. nak picit karang berparut pulak kan .. geram je bile aku tengok jerawat ni ..


disebabkan jerawat ni pon aku punya mood jadi tak menentu.. kejap2 ok kejap2 mengamuk hahahaha sian kat diorang yang ada kat rumah ni..  pada sesape yang baca ni , korang bagi la tau tips2 nak hilangkan jerawat kat comment tu ye :) ok then babai 


Sunday, June 19, 2011

ZAMI ISMAIL TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH .. AL-FATIHAH


Zami Ismail, 67 tahun atau lebih dikenali dengan nama glamer beliau Pak Uda telah pun kembali ke rahmatullah pagi tadi. Punca kematian beliau ialah serangan sakit jantung. Arwah Zami Ismail merupakan seorang pelakon komedi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Al-Fatihah kepada arwah Zami Ismail. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.



Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #2

ok done.. babai :)

Jiwa Kacau


sejujurnya aku tertekan sekarang ni .
AKU NAK KEJE .
dah bosan sangat duduk dekat rumah .
bila dah bosan duduk dekat rumah mula lah asyik nak marah orang je .
ada je yang tak kena kat mata aku .
boleh kata setiap hari aku cari keje .
SUMPAH AKU TERTEKAN .


NAK LARI RUMAH BOLEH pfftttt =.=

Monday, June 13, 2011

Letih la banyak sangat dapat jemputan

ok aku letih la nak attend banyak2 event yang korang invite aku kat FACEBOOK.. cukup2 la tu.. dah jadi trend dah sekarang..nak suruh orang follow blog pon buat event kat FACEBOOK, nak suruh orang like gambar yang korang masuk contest pon siap buat event bagai.. sorry la kalau ada yang baca entry ni nanti terasa ke apa ke .. aku cuma nak cakap aku memang pening and semak dah mata ni tengok orang invite aku dalam event yang ntah apa2.. kalau korang invite aku pegi dinner kat hotel ke, pegi kenduri kawen korang ke takpe jugak haish.. dah2 jangan buat camtu sebab selalunya kalau aku dapat event yang tak tentu hala aku click NO je.. sorry.. ok then babai :)

Berjumpa Dan Bertemu

assalamualaikum ..
sekali lagi aku nak bermadah dalam blog aku ni .. entah kenapa malam ni mata aku agak liat nak tutp so dengan itu kau membuat keputusan aku nak update blog aku selagi mampu (ayat BM A+ macam ni la HAHAH)

ok nak dijadikan cerita dengan tidak sengajanya hari jumaat hari tu bersamaan 10 Jun 2011 aku dengan bangganya pegi KTM KAMPAR beli tiket nak pegi KL sebab secara tak sengaja nye aku nak join kawan2 yang aku kenal dari KAKIBLOGGER meet up dekat TIMES SQUARE hari sabtu hari tu.. actually plan ni dibuat dalam masa beberapa minit je.. dan tak sangka pulak ramai yang nak join.. best kot .. walaupon tak ramai tapi dapat jugak la kami jalan2 sakan hari tu ..

antara yang join hari sabtu bersamaan 11 Jun 2011 haritu Melly , Qilot (my gepreng),Eke BalCik LavenderChuckBiha Mucuk and Pija Comel . walaupon tak ramai tetap happening ok :) nah kat bawah ni ada la sikit gambar2 yang kami snap hari tu heee

mereka <3

kami gegurl <3

kami member <3

saya dan gepreng <3

saya dan melly <3

kami lagi !

masih lagi kami !

dan juga kami !

angry bird pink tu comell 

domo <3 nak patung die wallet dah ad

kami gegurl <3

kami lagi !

kami membuli chuck !

Gila !!



assalamualaikum ..
sebelum aku mulakan madah berhelah aku dengan tegasnya aku na cakap entry ni takde kena mengena dengan sesape..
ini hanya pendapat dari aku yang suka menulis apa yang aku nampak di sekeliling aku..hmm perasan tak , sekarang macam dah jadi trend pulak sesetengah blogger menulis entri kondem2 orang lain ataupon buat entri pasal benda2 yang actually orang dah tau then still lagi nak masukkan dalam blog contoh kes baru2 ni pasal #adindaevans tu.. ok tak kisah la kan memang hak mereka2 itu nak tulis apa pon kat blog die tapi kadang2 bukan 1 atau 2 post je yang macam tu tapi banyak pulak post2 yang seangkatan dengan kes2 yang sebergitu..

adakah itu salah satu cara untuk mendapatkan BE dari NUFFNANG ?? OMG kalau macam tu aku pon nak buat jugak la hehehe ah tak kuasa aku.. aku yang dah berblog hampir setahun ni pon tak penah dapat cash out dari NUFFNANG ok.. and ada member aku lagi lama berblog dari aku pon blom jugak dapat cash out dari NUFFNANG sedangkan entri die hebat2 jugak.. pengajaran pon ada die bagi .. kiranya die tak la kejar sangat duet2 ni kan tapi still lagi dapat BE.. alah tak perlu dikejarkan sangat la duet2 tu... berblogging lah dengan cara yang sihat ... 

kalau dah asyik mencari salah orang then post kat blog kerap sangat lama2 orang pon malas na singgah blog kita kan.. tak kisah la cerita tu kau cari ke kau jumpa celah mana2 ke kan.. baik la kau update pasal aktiviti harian kau kan lagi best hehehe pendapat aku je la kan ... ok lah tak larat dah nak bermadah ... TATA


Thursday, June 9, 2011

Happy Bufday To ME ♥



Happy Birthday To Me :)
Alhamdulillah Allah masih memberi aku kesempatan untuk melihat dunia dan menyambut hari kelahiran aku.
Aku bersyukur kerana aku masih berpeluang hidup di muka bumi ini.
seperti tahun2 sebelumnya aku tak disambut dengan special party, hanya makan2 bersama family saja.
mungkin sebab aku tak ramai kawan jadi aku tak lah excited nak sambut bufday aku.
Tahun lepas aku sambut bufday aku dengan rakan2 di TANGO ( tempat chat) tapi tahun ni aku sambut dengan rakan2 blogger .. dan aku dapat entry special dari 2 orang sahabat .. aku sayang korang .. terima kasih sebab buat entry yang sangat bermakna tu .. dan kerana entry korang aku menangis .. SUMPAH aku terharu ... korang tau tak aku sayang korang sangat2 <3
thanks againn.. dan terima kasih jugak kat semua yang dah wish kat aku .. SAYANG KORANG 

entry dari my gepreng CIK QILOT

entry dari sahabat dan adek CIK AIEN

Wednesday, June 8, 2011

Wordless Wednesday #1


Wordless Wednesday : hanya letakkan gambar tanpa sebarang description.. biar gambar yang story semua :) jadi pikir2 kan lah :)

Tuesday, June 7, 2011

Kling Kling Nak Aiskrim tak

Pak Jabit seorang penjual aiskrim yang berjaya di area Kampung Telinga Sebelah.. setiap hari dia akan menunggang honda EX5 dan menjual aiskrim.. semua orang kampung suka makan dan beli aiskrim dengan Pak Jabit sebab aiskrim die sedap dan murah.. biasalah aiskrim buatan bini la katakan..

Pada satu petang yang indah, Pak Jabit keluar menjual aiskrim seperti biasa sambil menyanyi lagu P.Ramlee dengan gembiranya.. Ketika die melintasikan kawasan rumah Pak Jabut, dia terkejut dengan tiba-tiba.. anak Pak Jabut mengejar die dengan berkaki ayam.. Pak Jabut sibuk mengejar anak die jugak..

Akhirnya Pak Jabit memberhentikan moto die sebab kesian dekat Pak Jabut letih dan termengah-mengah kejar anak die yang berlari macam atlit sukan.. kemudian Pak Jabut menyuruh anaknye pulang ke rumah kerana die nak cakap sesuatu dengan Pak Jabit.. Pak Jabit tertanya-tanya apa yang Pak Jabut nak cakap dekat die..

Setelah anak Pak Jabut pulang, muka Pak Jabut berubah.. dalam hati Pak Jabit tertanya-tanya kenapa Pak Jabut tengok die macam nak makan je.. tibe-tibe PPANG!!! satu tamparan yang agak kuat hinggap di pipi Pak Jabit.. Pak Jabit tercengang.. lalu die bertanya dengan Pak Jabut kenapa tampar die.. Pak Jabut pun jawab "ANAK AKU DEMAM YANG KAU PEGI LALU KAT DEPAN RUMAH AKU KENAPA?? KAN DIA DAH TERINGIN NAK MAKAN AISKRIM.. ORANG DEMAM MANA BOLE MAKAN AISKRIM GRRR !!" Pak Jabit pon jawab "MANA LA AKU TAU ANAK KAU DEMAM..KOT IYE PON JANGAN LE TAMPO AKU SAKIT TAU TAK"

p/s : cerita di atas takde kena mengena dengan sesape.. sekian !

Thursday, June 2, 2011

Happy 1st Anniversary




 
HAPPY 1st ANNIVERSARY KHUN APPA ♥ VIC UMMA

Dunia Oh Dunia


haih harini kat timeline dashboard blog aku penuh dengan entri orang update pasal di #adindaevans tu kan.. errr memang la semalam aku pon ada jugak kutuk2 dia tapi bila pikir2 balik die tu budak, tak matang lagi tu, tengah pikir nak enjoy je kan.. lagi pon dia dah tau salah .. die dah delete dah post tu kan ... so kite2 yang lebih matang dari die ni patutnye nasihat kan die tapi apa yang aku nampak kat page die kebanyakkan nye semua maki hamun kan.. seronok la die .. memang la die buat dosa tapi die dapat jugak pahala sebab ramai yang kutuk2 die kan =.= pastu die jugak best sebab die dah femes sekarang haih hahahaha dah la tanak dah cakap pasal die.. cume nak sampaikan
sebagai seorang kakak yang berumur lebih tua dari #adindaevans aku nak kau jadikan iktibar benda ni.. bukan semua benda kita bole open tau.. soal dara tu dik.. and kalau tak tau maksud harga diri jangan la nak guna cewahhh hahaha tu je..semoga anda menuju ke arah kebaikan 
 bukan la pulak aku membela budak ni ke apa ke aku cume bagi pendapat je la kan... mungkin pendapat orang lain2 jadi ni pendapat aku hahaha ok babai

Cerita Hari Tu

ok cerita ni dah lama dah sebenarnye tapi baru hari ni rasa nak update kat blog.. so what ?? hahaha tetibe plak aku nak angin kan ahhaha ok story die macam ni.. haritu aku join along aku pegi dating dengan awek die kat IPOH.. hahahah pelik tak .. memang la kan aku ni suka menyemak, kacau daun je orang nak dating .. hahaha lantakkan.. aku adik die mesti la aku boleh kacau kan hahaha ok then sesampai nye kami kat JJ IPOH firstly yang diorang buat diorang cek tiket wayang .. dan apa yang pasti kami memang tak bole tengok wayang kat JJ sebab semua full.. ok then aku cakap aku lapa so diorang bergegas cari kedai.. pilih punya pilih kami decide nak makan kat JOHNNY'S RESTAURANT. kat situ aku makan nasik apa ntah aku dah lupa tapi menu yang aku suka hari tu adalah kerabu mangga .. hahaha sumpah best weyh kerabu mangga die.. memang aku nak ajak mak aku pegi sana nanti ..
JOHNNY's RESTAURANT
lebey kurang macam ni la rupe kerabu tu

then lepas kenyang melantak semua makanan yang dipesan aku dan mereka berangkat ke IPOH PARADE pulak sebab nak tengok wayang punya pasal lah hahahha dan alhamdulillah kat situ kamu decide nak tengok citer KARAK .. kesimpulannya pada aku citer KARAK ni best sebab banyak pengajaran jugak la and die punya hantu muke die nampak real :) congrats KRU 

motif entri ni : takde motif pon saje2 je nak cerita kat korang yang aku pegi tengok citer KARAK .. ok babai :)