Friday, May 27, 2011

Gerammmmm !!


seriesly aku sangat dan sangat dan sangat geram sebab semalam satu hari aku try sign in blog ta bole na bukak.. kenapa ?? jgn tanya aku kenapa sebab aku pon taktau kenapa aku tak bole sign in.. rasa macam nak campak je lappy ni tapi disebabkan rasa cinta yang teramat kat si lappy ni hajat tu terpaksa dibatalkan... 

tapi hari ni aku boleh tersenyum dengan bangganya (bangga ke ??) hahahahah takde la bangga sangat kan .. actually semalam idea nak update melimpah ruah tau tak tapi tak bole sign in pulak blogger kan so pendam je la dalam otak hahahaha ok tu je la na citer... hehehehe 

Thursday, May 26, 2011

Susah Ke senang

susah ke nak hargai orang ??
tak susah kan.. senang je...



cuba fikir kalau anda berada di situasi apabila anda bercinta hanya anda seorang yang sibuk menjaga hubungan tapi di sebelah pihak yang lain tidak..anda cuba untuk menjaga hati kekasih anda tapi kekasih anda tak buat benda yang sama kat anda.. apa je yang kekasih anda nak semua anda bagi walaupun anda terpaksa berkorban..

selalunye benda2 camni jadi kat orang perempuan tapi cuba la pulak korang bayangkan kalau orang lelaki yang terkena macam ni.. kesian tau sebenarnya... sesape yang penah rasa mesti paham perasaan ni kan ... keras kepala, ego, degil semua tu boleh dikawal kan,.. tapi macam mana pulak kalau kita terlalu ikutkan perasaan tu.. parah tu ... orang lain yang kena tempias die kan .. fikir-fikirkan lah ..

DALAM HUBUNGAN MASING2 MESTI BAGI KOMITMEN UNTUK MENJAGA HUBUNGAN MEREKA.. JANGAN SAMPAI SAYANG YANG TERLAMPAU MEMBUAT KITA BUTA DENGAN CINTA TU SAMPAI TAK BOLEH PIKIR YANG MANA BAIK DAN BURUK.. SEKIAN



Sunday, May 22, 2011

iluvblog blogwalking community

assalamualaikum ...
ok short entri je ni ... tadi tengah online facebook tetibe nampak Ainna Jalil post pasal blogwalking punya community ni.. macam menarik kan.. sebelum ni kite banyak jumpa blogger community je kan.. ok join je la kan cuba nasib cewahhh hehehe

ok kalau mengikut pilihan aku nak ada kat dalam group blogger tercinta .. kat bawah ni korang boleh tgk cara2 die..


Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking ? Senang..Ikot step di bawah :

  • Pergi ke www.bw.iluvblog.com
  • Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya
  • Click salah satu group
  • Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
  • LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )
  • Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut
  • Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut
  • Gambar di bawah adalah contoh blog yang keluar di pop-up window tersebut

Berikut adalah langkah langkah untuk anda berdaftar untuk menjadi sebahagian dari komuniti blogwalking ini :
  • Buat satu entry/post di blog and bertajuk ” iluvblog blogwalking community”
  • Dalam entry tersebut,nyatakan anda mahu berada di group apa ( contoh sahabat blogger )
  • Copy paste penerangan “Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking” dalam entry tersebut supaya orang lain juga faham konsep blogwalking community ( tak letak gambar pon takpe )
  • Letak URL post ini supaya orang lain juga boleh sertai
  • Tag 2 orang rakan blogger anda
  • Submit url entry anda menggunakan borang dekat SINI
   
 ok aku nak tag dekat :

Hijab itu haya'(rasa malu)

.Assalamualaikum.


Hijab itu pelindung diri,
Menyimpul rahsia mawar berduri
Jagalah akhlakmu wahai diri,
Moga peroleh redha Ilahi.

Sesungguhnya Allah telah berfirman


"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu(bahan-bahan untuk)
pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah
yang sebaik-baiknya.Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya
kepada hamba-hamba-Nya)supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)"

(Al-Araf:26)


..Hijab itu adalah tanda ketaatanmu kepada Allah dan Rasul.


wahai muslimat..
bertudunglah,
sesungguhnya
kecantikanmu
bukan
terletak pada paras rupa
tetapi
pada akhlak yang ditunjuki..



p/s : sesungguhnye aku seorang yang berhijab tapi maybe i'm not good enough as a muslim.. tapi akan cuba untuk untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit.. insyaallah :)


Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Ulu Langat.. Doakan Kesejahteraan Mereka

assalamualaikum ...
mesti semua orang dah tau kan pasal kes tanah runtuh ni... apa2 pon jom kita ramai2 sedekahkan AL-FATIHAH untuk mangsa anak yatim yang terkorban ... semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. kita jugak doakan semoga mangsa yang belum jumpa tu selamat .. untuk maklumat lebih lanjut bole pegi kat Berita Harian




p/s : Undian untuk konsert Akademi Fantasia hari ni akan disalurkan pada rumah anak yatim tersebut... 

Friday, May 20, 2011

Jom Exchange Link

assalamualaikum ..
hai semua ahhahaha asal la aku skema sangat ni.. ok terus kepada point utama sesape yang ada banner jom la kite exchange link.. untuk banner aku korang bole amek code die dekat sebelah kanan ni.. nampak kan hehehe ok copy and paste letak kat blog korang and nanti aku akan buat benda yang sama untuk korang ok :)

BABAI 

Mari Singgah Blog Ni

assalamualaikum semua :)
ha korang2 semua tengah watpe haaaa hahahaha ok2.. jom la semua pegi blog awek cun ni... die berkarya dalam blog weyhhhh smart weyhhh jom la singgah ok :)


Tak Habis-habis gune ayat keramat tu kan

hye assalamualaikum :)
hah tetibe hari ni ada mood nak update blog ni kan... entah kenapa semenjak2 ni macam malas je nak update... takde idea la nak update apa.. tapi bila ade idea macam ni la kelam kabut balik dari kedai , bukak lappy sign in facebook, blogger, twitter.. then bila mak bising terus tutup semua yang ada hahaha

ok berbalik dari tajuk yang kat atas tu, maybe benda ni dah lama jadi and maybe jugak ada di antara blogger2 yang tengah membaca ni pernah lalui benda2 ni hahahah korang mesti penah jumpa kan orang datang blog korang then tinggalkan jejak kat shoutbox korang dengan ayat yang macam ni " follow awk,jom follow saya balik" .. ok sebenarnya aku tak kisah pon korang nak cakap macam tu, jenis aku ni aku akan follow blog yang aku rasa entri die menarik dan best ... seyesly aku suka blog yang bile aku baca entri die aku tak bosan.. tapi ada setengah2 blog kadang2 aku baru bace entri die sekerat aku dah choww.. sebab apa, sebab aku bosan.. tapi aku ni taklah sekejam tu.. sape2 je yang singgah kat blog aku, aku mesti pergi blog orang tu balik and aku akan tinggal jejak kat shoutbox die.. buat macam tu pon tak salah kan .. and kadang2 aku tak follow pon blog orang tu tapi aku singgah and jadi die punya silent reader..

sebenarnye, kita tak payah nak mention suruh orang follow kita balik.. kalau blog kita best mesti ada follower tu.. kadang2 follower ramai tapi traffic tak la kencang mana.. macam takde gune jugak kan.. ada jugak sesetengah orang cakap puas bile tengok blog ramai follower... mungkin jugak tu.. tapi tulah kan itu semua pendapat masing2.. actually aku suka blogger2 yang baru menjinakkan diri dalam dunia blogger ni.. mungkin la diorang sibuk mengejar follower tapi disamping tu diorang rajin mengupdate blog diorang sebab diorang tanak bagi blog diorang sunyi.. hah itu kan bagus..

alamak panjang la pulak aku mengarang hari ni adoii hahhaha sebelum tu aku nak mintak maaf la kalau ada yang terasa dengan entri ni.. yang sejujurnye dulu aku pun macam tu.. mule2 je lepas tu takde dah.. entri ni dibuat bukan untuk dituju pada sesape.. cume aku tulis pada apa yang aku selalu nampak bile aku tengah blogwalking.. ok byebye :)

Ini Entri melekat .. post terbaru sila scroll ke bawah


assalamualaikum 
ini dalah entri melekat atau "sticky post"
jom la ramai2 klik kat link ni 
terima kasih atas kebaikan anda..
sayang korang :)

Friends ♥♥



"Don't walk in front of me, I may not follow 
Don't walk behind me, I may not lead 
Just walk beside me and be my friend."
~ Albert Carnus


Thursday, May 19, 2011

HAPPY BUFDAY MY SWEETIE NUR QAIREEN SYAZA

assalamualaikum :)
hari ni 19 Mei 2011 genap setahun umur anak buah aku NUR QAIREEN SYAZA .. semoge si kecil ni akan sentiasa sihat and bertambah pandai .. AMINN ..




oppssss !! sebelum terlupa tahniah diucapkan pada KHAIRUL FAHMI CHE MAT sebab die dah bertunang kan ... nak tau lebey lanjut KLIK SINI.. ok bai :)

Al-Fatihah Untuk Blogger Telordibasuh


assalamualaikum..
aku rasa mesti ramai yang dah tau kepergian seorang blogger yang telah kembali ke rahmatullah kan..
actually aku adalah salah seorang silent reader die saje..kalau na ke belog die KLIK SINI tau berita ni pon dari facebook..marilah kite sebagai umat islan sedekahkan beliau al-fatihah dan doakan semoga beliau berada di samping orang2 yang beriman..

AL-FATIHAH

Wednesday, May 18, 2011

Good night :)



I climbed up the door and opened the stairs said my pajamas and put on my prayers all because you kissed me good-night.
I am sending you a few stars to brighten your nite and have sweet and pleasant dreams

GOOD NIGHT EVERYONE :)
SWEET DREAM..
ASSALAMUALAIKUM 

Cari Jodoh


assalamualaikum :)
sekarang nak cari jodoh semua senang kan... biasa la zaman makin maju makin milenium la katakan hahahaha macam cara dah orang zaman sekarang bertemu jodoh kan2 hahaha antaranya :

#  dalam tren time on the way pegi memana la kan.. terus jatuh hati hee
# tengah jalan2 kat mall tetibe jatuh hati .. bole ?
# pegi ikot kawan raya then jumpa jodoh dengan member punya kawan .. haaa best tuuu hehehe
# dalam mall pilih2 barang then ada mamat tu nak amek barang yg sama pastu bertukar number telepon.. jodoh da sampai la tu ahhaha
# online facebook tetibe ade mamat macho add .. jumpa jodoh di facebook ok gak tu kan ahhaha
# berblog pon bole je berjumpa jodoh tapi agak2 ade ke tak eyh =.= no komen la kan heehe

OK SEKIAN .... BABAI 

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

gambar zaman dulu kala 

assalamualaikum :)
rasa2 nya semua tau kan hari ni hari apa.. ok konfirm la hari ni hari isnin hhahaha ok and hari isnin yang agak istimewa buat semua insan yang bergelar GURU atau bahasa pekan nye CIKGU.. tadi pagi dah aku dah bukak facebook cikgu2 sekolah aku and wish kat diorang SELAMAT HARI GURU .. even tak ramai at least ada jugak kan.. hehehehe

bila time hari guru ni teringat pulak zaman2 sekolah dulu kan.. kalau time aku sekolah rendah dulu aku paling ingat yang aku takot dengan cikgu matematik aku.. biasalah aku ni agak tak berapa nak pandai dari adik beradik aku yang lain.. cikgu matematik aku ni cikgu lelaki.. aku takut dengan die sebab kalau tak dapat jawab soalan2 yang die bagi die akan LUKU kepala... korang tau tak LUKU tu apa hahahaha aku pakai cakap je tapi yang aku tau die suku gune tangan die LUKU kpale student die bile tak dapat jawab macam ketuk pale pelan2 la hahahah

kalau time sekolah menengah pulak aku nakal sikit biasa la dah besar kan.. aku takut dengan PK HEM aku CIKGU HARUN nama die.. die garang gilee... aku memang tak suka pakai student card tapi kalau time die sportcek ataupon time kelas die otomatik aku akan pakai student card sebab nanti komfom aku kena denda hahaha aku jugak sometimes ponteng kelas dengan kawan2 duduk kat bawah meja ping pong hahahah tu kalau kelas yang aku tak suka la.. sebab cikgu tu suka bezakan kelas kami dengan kelas budak pandai.. grrr hahahaha aku ni duduk kelas number 3 mana la pandai kan hahaha

tapi walau camne apa yang diorang buat semua sebab diorang nak student2 diorang berjaya kan ... buktinye dengan jasa diorang aku dah berjaya habiskan diploma aku..

TERIMA KASIH CIKGU :)

Thursday, May 12, 2011

Mencari Follower yang Ke - 1000

assalamualaikum  dan selamat sejahtera gua ucapkan pada sesape yang masok kat blog gua ni :)
sihat ke semua... sory la sebab sekarang jarang update blog.. bukan apa sekarang rasa macam not in mood sangat nak berBlogging.. maybe sebab takde idea kot kan ...

tapi alhamdulillah la, ade jugak yang datang singgah kat blog aku.. terima kasih semua.. aku hargai korang ... dan selama 7 bulan ak aktif berblog aku aku dah hampir mendapat 1000 orang follower :) terima kasih pada yang follow aku tu...

aku ingat pesan dari senior2 blogger yang aku kenal , dorang cakap tak perlu nak kejar follower, biar mereka follow dengan ikhlas.. aku ingat semua apa yang dorang cakap .... dengan semangat and nasihat dorang aku berjaya berblogging tanpa mengejar follower ...

sekarang aku nak mencari sape follower yang ke 1000 ... silalah munculkan diri.. orang tu akan di topup 5 ringgit .. kepada follower yang ke 1000 tu tinggalkan link anda di shoutmix ok :))

Tuesday, May 10, 2011

Biar ~~

Biar Muka Tak Lawa 
Asalkan hati Lawa

Biar Tak ramai kawan 
Dari ramai kawan tapi kawan semua ta berjenis

Biar kita hitam 
Asalkan hati kita putih bersih dan suci

Biar Putih Tulang
Jangan Putih Mata 

Biar Blog Tak ramai Follower 
Tapi dapat traffic tinggi (ok la tu kan)

Biar la aku nak merapu apa pon
Ni blog aku kan hahahahaha

MOTIF ENTRI : bosan dan tak tau dah na update apa ... hahahaha

Sunday, May 8, 2011

Kaulah Ibuku


Kau Teman 
Kau Kekasih
Kau Permata Dalam Hati 
KAULAH IBUKU

Terima Kasih Kerana Telah Membesarkanku
Terima Kasih Kerana Menjaga Makan Minumku
Terima Kasih Kerana Menjadi Pendengar Setiaku
KAULAH IBUKU

Kaulah Permata Terindah Dalam Hidupku
KaulaH Harta Termahal Dalam Hidupku
Kaulah Ratuku
KAULAH IBUKU

SELAMAT HARI IBU BUAT BONDA TERCINTA NIK NAP BINTI NIK MAT
DIKESEMPATAN INI AKU JUGAK NA UCAPKAN SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU2 DI DUNIA :) 


Saturday, May 7, 2011

Seronok Tengok Korang

assalamualaikum and selamat sejahtera to all my readers , followers and stalker :)
dalam keadaan mood yang agak leteh and muka yang agak2 mintak kaki ni sebab tolong mak kat kedai  gua dengan bangganya sign in account blogger and mula menaip sepatah dua kata yang tetibe gua rasa nak taip..

actually merujuk pada title entri ni, gua na cakap pasal seronok tengok blogger2 lain yang rajin update :) yela korang ingat senang ke nak dapat idea nak update entri.. susah woooo... bile aku baca je blog2 yang keluar kat dashboard aku tu aku terpikir la sejenak (ayat nak power je) mane la diorang ni dapat idea hah.. update banyak2 kali dalam sehari.. gua salute la kat korang2 ni :))

bila tengok keadaan ni apa yang dapat gua simpulkan ( ayat aku memang A+ la) sebenarnye kita yang berblogger ni semua pandai2 and bijak2.. mana tak nya ingat senang ke nak cari idea and teros typing idea kita tu.. susah kan ?? dah tu kadang2 sehari sampai 5-6 kali update.. orang yang bekerja pon tak mampu nak cari idea yang banyak dalam masa sehari kan :)) apa2 pon harap la kepada yang ber-BLOG jangan jadikan blog korang tempat nak mengumpat orang lain ataupon tempat untuk korang mencari musuh.. tak best la macam tu kan.. patutnye kita berkawan sesama blogger baru best kan ...

anyway gua mintak maaf kalau kebanyakkan entri gua tak sehebat blog2 yang lain... gua tulis apa yang ada kat fikiran gua je ... biasa gua bukan blogger tegar kan hahaha :)

Friday, May 6, 2011

Bila Ada Dan Takde

assalamualaikum :)
 uwaaaaaaa rindunye nak update blog :(( lama sangat da blog aku ni tak hupdate kan.. haih sedeh betol...banyak benda aku terlepas weyh.. seyes... antaran yang aku terkilan aku terlepas ZINE dr community blogger aku :(( 3 ZINE aku terlepas.. sedey weyh sedey :((

ok habis cite pasal ZINE... disebabkan kes yang tak dapat dielakkan hampir sebulan streamyx umah aku tak bole pakai.. hampir sebulan aku menjauh dari FACEBOOK, BLOGGER, and TWITTER.. banyak jugak benda bagos nye tenet takde ni heee... aku dah berjaya kurangkan KETAGIHAN aku untuk online.. series gua cakap lu hee...

slalunye dulu 24 - 7 hours aku na online tapi sekarang tak sangat la... da boleh kurangkan.. alhamdulillah.. to all my frenzz aku rindu korang (hahahha tetibe) ok lah babai