Saturday, December 31, 2011

Sambut New Year




Daripada korang bersesak tak tentu hala nak sambut new year , baik korang duduk rumah tengok tv lagi ok. baca yasin ke apa ke, nak masuk tahun baru kan. sambut new year bagai ni pon bukan boleh buat duit haih buat pahala lagi bagus . sepanjang hidup aku 21 tahun ni sekali pon aku tak pernah sambut new year . tak percaya ?? tak kisah pon asalkan aku tahu betul ke tak . 

p/s : jangan ada kes buang bayi lagi sudah la malam ni haha

Friday, December 30, 2011

Shila Hamzah is my COUSIN





malas nak kecoh sebenarnye tapi dah terkecoh kan hahah nak buat macam mana.. kenal ke siapa SHILA HAMZAH ? mesti lah korang kenal kan. tengah femes kan :) ha tengok la kat atas ni itu lah SHILA HAMZAH . erk mesti korang pelik apa kena mengena SHILA HAMZAH dengan aku kan hahaha betul ke sepupu ? ok then korang kena tipu. dia bukan sepupu aku cume aku ni peminat die dari die muda2 dulu. time tu lagu die pon comel2 je kan. aku hafal ok lagu die yang comel2 tu. minat sangat sampai aku suruh abang aku cari poster die malangnya takde. time tu mana la tau print bagai ni. nak buka internet apatah lagi. so jadi peminat je lah yang mampu . haha kelakar la. kat sini dengan bangganya aku nak bagitahu aku adalah peminat die dari die kecik sebaya aku sampai la sekarang hahaha ok babai  (die memang sebaya aku pon)

ni lah lagu comel yang aku cakap tu ( TITLE : SAAT BAHAGIA )


ni pon salah satu lagu die yang dulu tu. sedap weyh. lagu karoke aku haha 
( TITLE : YANG TERISTIMEWA )

2011 bakal melabuhkan tirai




lagi sehari kita akan melangkah ke tahun baru 2012. maksudnya kita tua lagi setahun hehe hmm macam mana azam korang tahun lepas ? dah terlaksana ke belum. sejujurnye azam tahun 2011 aku banyak yang tercapai. alhamdulillah. tahun 2012 aku still akan simpan azam baru dan berharap azam tersebut akan tercapai amin.

AZAM TAHUN 2011
~ nak keje dan dapatkan duit untuk beli apa yang aku nak hahaha
~nak jadi anak yang baik dan solehah lebih dari tahun 2010
~ nak camera dslr canon la plzzz hee
~nak tukar fon sebab fon dah ta seronok da rosak hee
~nak cari teman hidup *blushing

ok yang ni azam aku tahun lepas. antara yang dah terlaksana ialah yang nombor 2 sebab tahun ni aku dah jarang tinggal solat sebelum ni aku celap celup je, lebih mendengar kata mak dan jarang sentap dengan mak hehe yang nombor 3 pon dah terlaksana sebab aku dah dapat canon aku . yang nombor 4 pon dah jugak sebab aku dah tukar fon aku aku ambik c3. yang last dan 1st masih belom terlaksana :)

so now untuk azam tahun 2012 pulak
AZAM TAHUN 2012

~ nak cari kerja , nak cari duit, nak bantu mak abah dan nak beli sesuatu guna duit sendiri

~ nak menjadi insan yang lebih baik dari sekarang

~ nak tukar telefon sebab dah bosan pakai c3

~ searching for love and nak serious relationship ( hamek kau haha)

rasanya buat masa ni ini je yang ada dalam fikiran yang lain tak muncul lagi haha ok lah. selamat tahun baru semua. tingkatkan iman korang ok :)



Thursday, December 29, 2011

Kesal ~



macam2 yang berada dalam pikiran aku sekarang. di penghujung tahun 2011 ni macam2 yang berlaku di sekeliling aku. yang baik ada yang buruk pon ada. dan baru semalam ada jugak yang terjadi di persekitaran aku. sesuatu yang sangat tak dijangka. walaupun bukan berkaitan keluarga aku tapi ia berkaitan dengan orang yang aku kenal. 

aku turut bersimpati atas pada yang terjadi. benar atau salah itu semua hanya Tuhan dan diri sendiri yang tahu. tapi yang saya kesalkan ada yang bergembira apabila terjadi musibah pada diri orang lain. sepatutnye kita amik apa yang terjadi tu sebagai pengajaran bukan menjadikan musibah untuk kita bergembira di atas kesusahan orang lain. 

sedarlah wahai ANDA, hidup kita ni umpama roda, kadangkala kat atas dan kadangkala kita kat bawah. mana tahu musibah yang terjadi pada orang lain akan terjadi pada diri ANDA juga. diri ANDA tu dah macam pepatah "Kubur Kata Mari, Rumah Kata Pergi" . bertaubat la. cukup2 la buat dosa percuma bawak2 la buat pahala pula. 

SEKIAN

Tuesday, December 27, 2011

Ketumbit sangat tak cool



hai semua. dalam keadaan menahan sakit dan nak marah aku mengagahkan diri yang tak berapa nak gagah ni menhapdate blog yang semakin lama semakin sepi tanpa entri terbaru kerana ketiadaan idea di kepala yang comel ini. oh panjangnya mukadimah aku kan.

korang tahu tak KETUMBIT tu apa ? ketumbit ni terjadi kerana kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak, membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata. Kelenjar ini kadang2 boleh menyebabkan terkena jangkitan dan menyebabkan bisul kecil muncul yang juga dikenali sebagai KETUMBIT. 

ini lah rupenye kalau kena ketumbit tapi mata aku tak teruk lagi la.

tapi kalau teruk takde lah sampai macam ni kan muahahahaha takot aku tengok
panjang kan penerangan yang aku copy paste dari GOOGLE . seperti biasa dah tu hehe sumpah sakit mata aku sekarang. rasa nak marah orang je sebab sakit kan. haih ok lah rasa nak tido la pulak. babai 

Monday, December 26, 2011

Dah Habis Lawa La tu !



hai :) annyeong :) oh memalam cenggini nak update pulak kan haih otak2 kenapa sekarang baru kau bagi idea. mata dah ngantuk sangat dah ni grrr . hah tengok la title entri tu garang tak haha. haaa mari sini nak bagitahu sebab musabab dan hal2 yang berkaitan dengan title di atas . 

korang rasa perempuan yang make-up tu lawa ke ? aku tak rasa macam tu pon. sejujurnye aku pon make-up jugak tapi tak lah setebal-tebal macam model2 yang cantik tu kan, errr jap cantik ke model tu ? tettttt pikir2 la sendiri. dah macam tepung gomak je aku tengok kalau make-up tebal2 tu tahu tak .

aku bukan nak kondem korang2 yang suka make-up ni, tak kisah pon sebenarnye tapi beragak la. tak payah la nak make-up tebal2 sampai dah takde rupa korang dah. yang aku peliknye budak2 hingusan pon dah pandai nak make-up melampau tu. aku yang dah agak berumur ni pon tak berapa tahu nak make-up, pakai eyeliner je pon aku expert haha .

cuba lah simpan muka korang time nak kahwin nanti, haaa baru lah best. nanti kalau orang dah biasa tengok korang pakai make-up time kahwin takde seri baru tahu haih (ok petua sendiri). lagipon muka orang yang kuat make-up ni cepat nampak tua. mak aku pon cakap macam tu. lagi2 budak2 kan. kulit muka tak berapa matang lagi dah pandai nak make-up tebal2. jangan la adik2. tak payah make-up pon lawa je tau. natural beauty lagi lawa. 

nak tahu kenapa aku bising pasal make-up ni, tadi aku pegi kedai aku nampak budak pakai make-up tebal gile sedangkan nak ke kedai beli gula je. motif die pakai mekap tebal2 =.= kesian aku tengok kau dik. muda2 dah nampak tua. okbai hahaha

time gua LI , muka gua tetap free takde make-up. ni kira
masuk alam pekerjaan ok. gua pegi kolej pon takde masa
gua nak make-up haha

Tensionnnn !



Kenapa aku tension ?
Entah aku pun tak tahu kenapa . 

Bila tension apa nak buat ?
Emmm biasanya aku makan .

Sebenarnye takde apa pon. Aku teringin nak makan oreo ! makkkkkkk !! adik nak oreooooooo

nyum2 



Sunday, December 25, 2011

Mari Jemput Singgah !




actually saya agak terkejut sebab still ada yang komen dekat entry aku nak promote blog tu. dah abis lama dah tu sayang oiii. takpelah sebab korang dah tinggal link akk buat jugak lah ok. ouh btw thanks jugak sebab follow. mari lah anda semua singgah blog mereka berdua ni ok :)



http://izzah-choco.blogspot.com/
maybe die minat k-pop and mesti hard fan of KHJ :) blog die ni aku kategorikan as a personal blog sebab entry sume kisah diri die je :) blog die pon comel je kaler blue gitu haha



http://adfaqasya.blogspot.com/
blog si manis ni pon aku kategorikan sebagai personal blog jugak sebab die cerita pasal diri die and pasal sekeliling die jugak :) ahh btw dik akak rasa tulisan tu tak sesuai la. better buat tulisan biasa mungkin lagi menarik :) just bagi pendapat sahaja . ok :)

Friday, December 23, 2011

Baik Takyah Bertudung kalau Pakai Legging



mungkin ayat aku kasar tapi aku cume nak cakap pada apa yang aku rasa patut aku share dengan semua orang.korang penah jumpa perempuan bertudung pakai tudung tapi pakai legging. tak ke buruk rupa tu weyh. nak berfashion pon tengok2 la jugak. pada aku kalau dah pakai legging tu baik tak payah pakai seluar terus sama je rupa die. kalau yang gemuk pakai legging nampak abis lelemak semua sebab seluar tu sangatlah ketat kan. lepastu kalau yang kurus kering pakai seluar tu nampak la tulang temulang nye. aku mintak maaf banyak2 kalau ada yang terasa entri umum aku ni. series memang tak elok la weyh. 

source by : GOOGLE

tak elok kan . source by : GOOGLE

lagi satu kes lebih kurang macam kes pakai legging jugak. korang tahu inner baju yang salu dipakai sebagai alas tu ? kalau pakai sebagai alas takpe la ni kalau dibuat baju harian apa cite nye. haih baju tu jarang la. tak elok lagipon baju tu ketat, idak ke nampak seketul-seketul kopek kalau pakai macam tu. tak gune la pakai tudung kan kalau macam tuu. aku bukan nak kata aku bagus, 100% tak tapi aku cume tak suka dengan fashion yang tak berapa best macam tu. tak lawa pon la tunjuk barang2 berharga kita.. so kawan2 elakkan la pakai macam tu, sangat tak elok. ok lah babai

ini lah inner yang aku cakap.
source by : GOOGLE





p/s : thanks untuk GOOGLE sebab memberi gambar2 di atas

Monday, December 19, 2011

Tolong !!!!! semua orang tolongggggg



kawan2. tolong undi anak buah saya bole :) undi dengan ikhlas ye. cara2 macam kat bawah ni ye

korang boleh klik link kat bawah ni.

http://www.majalahpama.com.my/bayi-bln-ini/default.asp?whichpage=2&pagesize=16

NUR QAIREEN SYAZA BINTI NORHAFIZ
Perempuan
19/5/2010
1 tahun 7 bulan

klik link kat atas tu dan cari nama macam yang saya pamerkan tu. lepas tu anda tekan la button UNDI ok :) terima kasih.


Monday, December 12, 2011

12/12 Genap 3 Tahun Awak Pegi





harini genap sudah 3 tahun awak pergi dari sisi keluarga awak, kawan-kawan awak dan jugak saya selama-lamanya. AL-FATIHAH dari saya untuk awak. semoga awak tenang kat sana. saya sentiasa ingat awak walaupun awak dah takde lagi kat dunia ni. 

sepanjang 3 tahun awak pergi ni tak penah sekali pun saya lupa kat awak sebab pada saya awak adalah seorang sahabat, teman, dan kekasih yang memahami. tapi umur awak tak panjang. Allah lebih sayangkan awak. walaupun pada mulanya susah untuk saya terima ketentuan Tuhan tapi saya tahu sampai bile2 pon takdir ni tak berubah. 

terima kasih sebab selama hampir 4 tahun saya berkawan dengan awak, awak sudi melayan kerenah saya hinggalah masa hari2 terakhir awak sebelum awak pergi tinggalkan saya sampai bila-bila. saya tak marah pon awak sebab awak tak bagi tau awak sakit apa haritu sebab adik awak dah tolong explainkan untuk awak <3

akhir kata dari saya, saya akan ingat awak sampai bila2 sebab awak adalah salah satu kenangan yang terindah dalam hidup saya. semoga awak tenang di alam sana . AL-FATIHAH ~


Friday, December 9, 2011

Apa itu Facebook



pendapat aku :
~ facebook sekarang dah jadi tempat bergaduh berebut jantan
~ facebook sekarang dah macam twitter sebab ramai sangat update status 5 saat sekali
~ facebook sekarang tempat luahan tak puas hati antara kawan
~ facebook sekarang tempat main game
~ facebook sekarang tempat beradu nasib sapa paling hot

 dan banyak lagi la ........ ni aku tulis dari apa yang aku nampak kat facebook aku. kalau nak senaraikan banyak sangat, ni aku senaraikan yang mana yang kerap gila aku nampak. ok bai