Tuesday, December 31, 2013

2013 - 2014 ( HELLO 2014 )

2013 dah sampai penghujung, 2014 datang menjelma. Maknanya umur meningkat lagi 1 tahun dan yang pasti aku masih lagi bersendiri seperti 4 tahun yang lepas. Semoga tahun baru ni dapat la jumpa jodoh yang betul-betul ikhlas . Insyaallah.


Half of me
Azam tahun baru dirahsiakan . Biar diri sendiri je tahu. Cuma berharap diri ini dapat berubah ke arah kebaikan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan pada diri sendiri almaklumlah semua insan dalam dunia yang Allah ciptakan tak seorang pun yang sempurna, jadi apa yang kita boleh lakukan ialah memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. 

Alhamdulillah, 2013 banyak memberikan kenangan manis berbanding pahit. Walau masih memegang title penganggur sekurang-kurangnya aku berusaha sendiri untuk mencari kerja dan mencari duit agar tidak menyusahkan ahli keluarga dan yang paling penting halal ye. Berharap Allah murahkan rezeki aku pada tahun baru 2014 untuk mendapat kerja yang baik.

Anak buah terbaru dan hot dari oven
Kegembiraan baru bagi aku dan keluarga juga sebab saya dapat anak buah yang ke 2. Perempuan juga tapi takpe sebab boleh geng dengan kakak dia si Qaireen. Oh lupa pulak, nama anak buah baru saya ni Nur Hasya Imani. Sedapkan nama dia. ehem2 haha


Alhamdulillah, tahun 2013 ahli keluarga juga tambah lagi seorang. Kite dapat akak ipar baru yeayy hehe . Mohon tahun 2014 pon dapat lagi sorang akak ipar baru jadi time aku kawen senang banyak kakitangan untuk kenduri nanti hiks 

dapat birthday wishes dari Dazrin Kamarudin
Kenangan manis 2013 jugak, dapat wish birthday dari boss besar Dazrin Kamarudin. haa bukan senang tau. time busy pon masih dapat jugak kan. ok ni memang tak lupa la. oh happynyaaaa.

Jadi, itulah antara kenangan manis aku tahun 2013. kenangan pahit sejujurnya memang tak banyak jadi aku harap tahun 2014 pun macam tu jugak la. Insyaallah. 

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA. SEMOGA KORANG BERJAYA LAKSANAKAN AZAM TAHUN BARU KORANG :)

p/s : azam tahun baru aku nak kurus sebelum raya dan mohonlah berjaya. CHiawwww!




No comments: