Friday, December 6, 2013

Sahabat


Source by GOOGLE


Sahabat ketika kita senang memang ramai. 
Manakala sahabat dikala kita susah boleh dibilang dengan jari. 
Situasi yang biasa berlaku kepada sesiapa pun.
Baik kamu, kamu mahupun kamu.

Untuk mencari sahabat yang boleh dipercayai memang susah,
Aku ramai kawan tapi SAHABAT yang sesungguhnya hanya beberapa orang.
Dah memang nasib aku tertulis begitu, aku ditakdirkan untuk tidak mempunyai ramai kawan.

Aku pernah terima satu pesanan yang bebunyi,
hidup berkahwin dan berkeluarga serta mempunyai anak serta mempunya kerja tetap membuatkan hidup si penulis bahagia.

Ya aku tahu, aku tidak mendirikan rumah tangga lagi,
aku juga tidak mempunya kerja yang tetap melainkan berniaga sendiri bersama keluarga,
adakah itu tidak membahagiakan diri aku ?

Silap seribu kali silap wahai si penulis.
Hidup lah bagaimana caranya pun, berkahwin atau tidak, mempunya pekerjaan tetap atau tidak,
kita sendiri yang menentukan kebahagian hidup kita.
Walaupun aku tidak mempunya kekasih mahupun suami, aku masih mempunyai keluarga tersayang juga kawan-kawan yang bersama aku ketika aku susah. 

Sungguh emosi nukilan aku ini. Aku akhirinya dengan berharap akan tiba satu masa yang aku tak perlu lagi memikirkan mulut longkang si DIA itu. 

Sekian. Assalamualaikum


2 comments:

syakirah izwanie said...

Mempunyai kekasih atau suami bukannya satu satu cara untuk kita bahagia. Family dan kawan kawan pun mampu buat kita bahagia. Bahkan lebih bahagia dari mereka yg berumahtangga tetapi goyah :)

Budak Giler Cadbury said...

@syakirah izwanie itulah yg saya maksudkan. tq comment sini ye :)