Wednesday, March 30, 2011

Bertudung Atau Tidak ??

assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada rakan2 blogger semua..
ok entah kenapa setelah aku selesai bersolat tadi aku terpanggil untuk membuat entri yang berkaitan orang yang bertudung atau tidak ni.. semenjak dua menjak ni topik bertudung menjadi pilihan ramai blogger kan.. kebanyakkan semua menjurus pada fashion yang digayakan oleh perempuan bertudung..ok kat sini aku nak jugak bagi pendapat kan.. hanya pendapat dari seorang insan biasa ni..

pada aku, tak salah kan orang yang bertudung tu nak bergaya tapi semua tu mesti menjaga batas la.. aku pon seorang yang bertudung jugak.. memang aku akui sekarang fesyen memang banyak untuk orang yang bertudung.. bila orang bertudung pakai baju atau seluar ketat2 kadang2 aku pon tak berminat.. aku pon tak suka kalau macam tu sebab aku pon kalau boleh nak cari baju yang tutup bontot (sori bahasa yg agak kasar).. bukan nak kata aku baik ok.. tidak sama sekali.. tapi cuba jugak kita fikirkan kenapa fashion bertudung banyak muncul?? seperti memakai shawl dan sebagainya.. tak salah kan kalau mencuba fesyen2 macam tu tapi bak kata seorang kawan aku kalau nak bershawl tu cari la yang tak jarang supaya tak  menampakkan leher kita.. aku sedar aku pon kadang2 ada melakukan kesalahan ketika mengayakan baju kerana aku seorang yang bertudung tapi alhamdulillah aku ada ibu yang sering menegur aku kalau ada sesuatu yang tak manis di mata dia dan orang lain..

lepas tu selalu jugak aku baca pasal perempuan mengutuk perempuan bertudung tu tak semestinya baik la apa la.. ok aku setuju.. memang pon tak semestinya perempuan bertudung tu semua baik, tapi tak semua macam tu kan.. yang tak bertudung tu pon tak semestinya jahat kan.. semua ni sepatutnya tak payah di pertikaikan sebenarnya sebab korang boleh pikir sendiri. masing2 ada akal nak fikir kan.. cume kat sini aku pelik kenapalah yang bercakap isu2 bertudung ni semua orang islam dan kebanyakkan nye lelaki.. mintak maaf jika ada yang terasa.. aku cakap berdasarkan apa yang aku nampak.. tak perlu buat semua tu.. tengok2 awek kau bertudung pastu berfesyen bagai kan dah kena atas batang hidung sendiri.. kat sini aku tak salahkan sape2 cume tak cukup2 ke nak bercerita pasal isu ni .. kat sini jugak aku tak bela wanita2 atau gadis2 yang bertudung.. tidak sama sekali.. entri ni sekadar pendapat.. renung2kanlah..

aku tak letak apa2 gambar sebab taknak jadikan isu.. kang letak gambar aku korang bosan ahahaha

25 comments:

XIX Dragunov said...

betul tu nina.
jangan dipersoalkan baik atau buruk orang yang pakai tudung tu. tapi dia sekurang2nya dah buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. menunaikan kewajipan tu yang sepatutnya orang muslim buat. yang wajib tetap wajib =)

**::CIKNUURUL::** said...

nice entri,.td bru bce isu ni jgk,.marah,.prktaan lebih tepat untuk mnggambrkn isu ni,.CN pon kdg2 nk melawa jgk tp xprnh lg la ktrlaluan sgt,.aslkn kite pkai ttup aurt yg sptotnye dlm agama,kn,.

elinLARH said...

tawo xpe..
xsuke org pertikaikan pasal org bertudung tuh tak semua baek lah
hadeshh manusia manusia
bile dye buat slah mulelah nak tjuok salah org laen

Budak Giler Cadbury said...

@XIX Dragunov itulah .. cukup la sekadar mereka dah tunaikan apa yang patut.. kadg2 bila tak bertudung pon marah bertudung pon marah.. hmm

Budak Giler Cadbury said...

@**::CIKNUURUL::** tulah sekarang ni terlalu banyak yang persoalkan isu ni...

Budak Giler Cadbury said...

@elinLARH yups setuju :)

aCeraP :) said...

smyg bg cukup..bg elok...insyaAllah..yg laen akan ok...jgn pakai tudung tapi xsmyg...dosa xsmyg lagi besaq...

aCeraP :) said...

lupa lg nk post...


http://ohayamgoreng.blogspot.com/2011/03/teropong-stim.html


haha

saperakue said...

isu nie mmg sentiasa diperkatakan
nice entry babe~~

Budak Giler Cadbury said...

@aCeraP :) ha tu aku setuju.. tp knp ramai yg bngkitkan soal ni.. aku pelik

Budak Giler Cadbury said...

@saperakue thanks beb

A retarded kitty said...

orang kata baik tak payah pakai tudung kalau buat dosa jugak.
huh!
macam tu baik tak payah makan nanti mati jugak

Budak Giler Cadbury said...

@A retarded kitty ok gak teori kau weyh ahahaha

nub said...

soalnya bukan skadar bertudung, tapi menutup aurat... =)

Budak Giler Cadbury said...

@nub TAPI KAULAU KAU PERASAN KEBANYAKKAN NYE BUKAN CKP PASAL AURAT JE TP BANYAK HENTAM PASAL TUDUNG KAN (MALAS NA TUKAR CAPS LOCK ==')

meLLy! said...

nak melaram biar tau batas2, tau jaga aurat, tau membataskan pergaulan, tau jaga maruah, tau semuaaaa -.-

storyfromme said...

yang penting hati kita.tapi ape salahnya cuba bertudung kan?tu kan perintah Allah.

Schubert Serenade said...

AKU PAKAI TUDUNG SINCE DARJAH 6 SAMPAI DAH BESOR GAJAH SEKARAG....TAPI AKU SELALU JE BUAT CRIME!!Hobby dowhh buat CRIME ni!!!haha...MACAM MANE TU???(^_^)

btw, aku paling suka entry ni ok!!!sukaaa...sukaaa...sukaaaaaa!!!

NurLailatul said...

hahahaha..setuju!orang lelaki yang lebih dan yg paling diorg dok komen pakai tudung.."pakai tudung lilit-lilit, sakit mata baik tak payah pakai tudung"..aik?mcm tu pulak..lilit pon sekurang-kurangnya pakai jugak tudung.

Budak Giler Cadbury said...

@meLLy! kalau mcm tu la dorang ley pk bagus sng ni x sume dok bising pasal pakai shawl la apa la... sume tu tak salah aku rasa tp tak tau la kan .. pendapat msg2 :)

Budak Giler Cadbury said...

@Schubert Serenade thanks naa

Budak Giler Cadbury said...

@NurLailatul yup atleast tutp jugak... at least satu tanggung jawab kita buat jugak hmm

BeYLa! said...

Ye betoll tu, dorg yg tak pakai tdung salu cakap alaa yg betudung tu pon bukna baek sgt, mmg laa. tapi sekurang2 nyeh dea pon pk la sebagai seorang muslim kena jage aurat, nape dea tak nak wat!! kan..

::FAIZ FARISH:: said...

pakai tudung biarlah ikhlas dan ikut sunah, jgn main pakai je kan?

lavender harum wangi said...

huhuhuhu~ ntah la nina. kita ni hidup bermasyarakat memang tanggungjawab kita nak menegur.

kalau si lelaki sakit mata tgk mcm2 fesyen bertudung then terus pi hentam aje. dah tak kena cara nak tegur, memang la ramai butthurt.

perempuan itu memang sifatnya fitnah dunia. jadi, sendiri kena la jaga kalau tak nak kena hentam dari para lelaki.

oh yg lelaki pula, jgn main tegur sesuka hati, lihat sekeliling anda dulu. lihat mak anda adik anda saudara anda. tegur mereka dulu.

jangan sibuk dok hentam org kat blog, konon terer tapi kat dunia nyata pijak semut pun tak mati.

huh, panjang gila komen~ hahaha :D