Saturday, October 8, 2011

Bila Syaitan dan Nafsu bergabung ... MasyaAllah


Bayi 23 hari diliwat bapa


GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.


source by : Metro
patut ke seorang bapa buat macam tu kat anak die. langsung takde belas kasihan.. bia la bapak die dapat hukuman yang setimpal. huh !

6 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

kejams

Penyu said...

fuh. nafsu memang x mengenal siapa. musuh paling nyata manusia ialah nafsu.

♥ eyka elisha ♥ said...

geram ngn org tuh!iskh xde peri kmanusiaan lgsg kn >.<

Budak Giler Cadbury said...

@::FAIZ FARISH:: kan kejam kan huh menyampah tol

Budak Giler Cadbury said...

@Penyu yup betul sbb tu la kne kawal nafsu tu sebaik mungkin..

Budak Giler Cadbury said...

@♥ eyka elisha ♥ tahu xp ... tak kesian lgsg ke dgn anak yg baru lahir tu haih