Monday, December 24, 2012

Rempit VS Kurang Cerdik


bukan ini rempit yang di maksudkan hehe
CREDIT PIC FROM GOOGLE


perghhhhh! bukak2 je blog berhabuk haha al-maklum le aku ni terlebih malas nak update. bukan apa, aku ni bukanlah blogger tegar seperti dahulu kala semasa mula2 berblogging kan *hamek kau bahasa baku haha ok ginilah err macam mana nak cite ni hmm *buat muka pikir dan kalian sila bayangkan haha

sebenarnya tadi bosan-bosan kan so aku pun bukaklah laptop yang skrin dia dah berdangdut ni al-maklumlah dah tua kan haha *ok sambung cite haa aku blogwalking lah tadi. semua blog yang aku follow aku singgah. just baca apa yang patut and pergi cari blog lain pulak.

dulu masa aku mula-mula terjebak dengan blog ni isu paling PEMES time tu BAHASA REMPIT. rasa2 semua tahu kan. bahasa yang singkat2 pastu ada tambah lewwwwwww belakang ayat kan tapi nye tadi aku ada terjumpa dalam satu blog ni dia nak guna bahasa inggeris tapi salah . ok sejujurnya aku memang tak fluent dalam bahasa inggeris sebab tu la bila aku tulis entry dalam blog aku just guna bahasa simple yang aku tahu. yang aku tak tahu aku gunalah bahasa ibunda. 

tak ke kita malu bila ditegur oleh pembaca yang ayat bahasa inggeris kite tulis tu salah =.= ouchhh kalau aku, aku sangatlah malu sebab sememangnya salah dan langsung lari dari ayat yang nak disampaikan. tapi takpelah we learn from mistakes right. see dah beromputih kata kau *ikot gaya reza cakap hehe

oklah malas lah nak taip panjang2, lenguh jari jemari yang montok, pendek dan gemuk ini hahaha babai. jumpa lagi ^_^ 

No comments: