Wednesday, December 12, 2012

12.12.12



mungkin ramai yang sibuk nak couple, nikah, bertunang dan buat something special pada tarikh ni tapi pada aku tak. sebab 4 tahun yang lepas pada tarikh ni lah aku kehilangan sahabat dan teman rapat dan juga dia seorang insan yang aku sayang. 

Dia pergi meninggalkan keluarga, teman-teman dan aku. ye aku. 4 tahun lepas saat aku dapat tahu berita mengejutkan tu aku rasa lemah, sedih, kecewa, terkilan. semua rasa bergabung menjadi 1.

Hilang tempat mengadu, tempat bermanja, tempat bergaduh dan teman bermesej. ye susah nak cari seseorang yang macam dia. yang paham aku lebih dari orang lain. 

Pejam celik pejam celik, 4 tahun sudah dia pergi. selama 4 tahun ni juga sikit pun tak pernah diri ini melupakan insan istimewa yang pernah bertakhta dalam hati. ya. aku sayang dia. tipu kalau aku katakan aku tak sayang dia. 

Kalau dulu semasa dia masih ada, sebelum tido dihantarnya voice sms, kata dia nak bagi aku senang tido bila aku dengar suara dia. Ya Allah, aku rindukan suara dia. 

Rasa sayang dalam hati untuk dia tak penah hilang. Dia lah SAHABAT, TEMAN, KEKASIH dan TEMPAT MENGADU.

Ya Allah, tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman. 
Al-Fatihah untukmu SMA <3 p="p">

ikhlas dari aku yang merinduimu