Sunday, November 20, 2011

Kurang Keyakinan Diri ~



dan selamat malam semua. aku nak kongsi dengan korang sesuatu yang sangat berkaitan dengan diri aku sendiri. sejujurnya aku ada masalah kurang keyakinan diri. tak kira la dengan kawan, orang luar atau pon sesapa je. ok aku terangkan lebih terperinci.

sebenarnya aku ada masalah kurang keyakinan diri ni dah lama. contohnya apa je yang aku nak buat kadang2 aku rasa tak yakin dan tak mampu dengan diri aku sendiri. lepas tu kadang2 bila aku nak pegi interview kerja aku memang ada masalah sebab aku tak yakin diri aku ni mampu nak kerja dengan sekian2 syarikat. kadang2 mugkin kawan2 yang dah kenal aku ni tak percaya yang aku ni sebenarnye pemalu. selalunye aku kalau nak cari keje mesti nak ajak kawan yang lain pegi sekali sebab aku takot nanti kalau aku dapat keje tu orang2 yang dah lama keje akan pandang aku serong. ni kalau berkaitan dengan kerja.

kalau berkaitan penampilan pulak aku sangat tak yakin nak berfesyen macam orang2 sekarang. even nak pakai shawl pon aku tak yakin. aku takot bile aku keluar dengan pakaian yang berfesyen macam tu orang akan kata aku dari belakang. lagipon aku sedar aku tak cantik so aku pakai macam mana pon tetap akan ada orang yang akan mengata. 

then now pulak aku rasa badan aku dah makin membesar maksud aku , aku rasa macam aku dah gemok. aku lagi lak tak yakin nak bergaya . arghh kadang2 aku rasa sedih sebab aku dapat perangai kurang keyakinan diri ni. sejujurnya sangat susah bile ada perangai yang macam ni sebab apa je yang kita nak buat mesti kita tak yakin and asyik pikir apa orang akan kata kat kita.

so kawan2 yang baca ni, tolong la bagi tips or nasihat yang boleh membantu kat aku ni. :( 

p/s : tekanan dah ni

2 comments:

ayu cheese cake said...

Nina jgn la macam ni. Nina kene yakin dengan diri sndiri. Percaya dengan diri yang kita ni boleh nak buat ape yang orang lain buat ! Ayu yakin nina boleh cuma nina tak cuba. Cuba nina try slow2. contoh pakai shawl ala yang biasa2 aje. Pastu time tuh nina akan rasa lebih keyakinan. Lepastuh baru la Nina dapat nak tinggi kan keyakinan diri utk berhadapan dengan org sekeliling. U can do it nina :)

Saya Nina Syakira said...

@ayu cheese cakeuwaaaa panjangnye komen awk syg. thanks ye. tulah skrg pon baru na berjinak-jinak. hope bole la kan.