Tuesday, February 8, 2011

VALENTINE?? Tak perlu kot



assalamualaikum all readers,followers and stalkers :) 
harini tetibe je nina rasa na buat entri pasal VALENTINE..ramai pasangan2 kapel yg tggu hari valentine ni kan..nak tau la jugak apa beznye korang sambut valentine ni .. jujur nina cakap nina tak pernah sambut even time tu nina ada bf -.- nina tasuke la sambut valentine.. mungkin pendapat setiap orang berbeza tapi pada nina knp kita na tiru orang putih .. sambutan valentine ni asalnye orang putih yang sambut.. pastu skrg kita pon nak sambut jgk ke -.- pelik2..manusia2.. nina ada terjumpa kat dalam satu web ni .. bace eyh :)


Meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ sebab sambutan ni mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada keburukan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat contohnya berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ). Tgk la korang nak ke sambut kematian paderi ni..ish2 jangan la korang .. patutla islam tak bagi kita sambut VALENTINE ni =.=

sebab tu Islam menyeru seluruh umat Islam lagi2 remaja Islam supaya diorang takraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

so moral of the story tak payan la sambut valentine tu bukan best pon.. kan2.. nina ni pon tak la baik sgt nak nasihat kat korang2 semua at least jadikan la entri ni sbgai pengajaran tau hehehe :) mintak maaf la kalau ayat baku byk sgt..kata lagi blogger tegar kan ahahhaa :)

20 comments:

lavender harum wangi said...

gua sambut hari kekasih, 14 march~ >,<

Saya Nina Syakira said...

@lavender harum wangihahaha gua ta sambot langsong -.-

saperakue said...

gua langsung x kisah vlantine nih.. hari2 perlu tunjuk kasih sayangterutama ibu bapa... ^_^

Unknown said...

tak heran langsung ngan valentine ni. sbab anniversary pun 15.2. bazir je sambut valentine. hahaha

XIX Dragunov said...

wa pun rase macam merapu je, kalau sayang, hari2 la kene sayang...bukan on certain2 date je... mintak jauh la semua ni. amin

Unknown said...

karot meraban jaa valentine

.:padie_eyla:. said...

plisss la jangan sambut. oh. -.-

doyah said...

tak taw plak hari valentine wujud. wakakaka

Anonymous said...

say no and no to v..:)

::FAIZ:: said...

Valentine bkn budaya melayu... tak elok amal...

Saya Nina Syakira said...

@saperakuemmg pon.. gua ta penah sambut n ta penah terpikir na sambung -.-

Saya Nina Syakira said...

@AyinAyobhehehe ok la 2 ayin auww <3

Saya Nina Syakira said...

@XIX Dragunovamin !! harap2 cm tu la .. buat apa na ikot cara org putih kan -.-

Saya Nina Syakira said...

@nub taw takpa -.-

Saya Nina Syakira said...

@.:padie_eyla:.aq sambong eyh .. ohmakang (omg) hahaha

Saya Nina Syakira said...

@ d.O.Y.A.h hahaha ni kes berat ni syg hehehe

Saya Nina Syakira said...

@mahfudzahyeah btol2 say no to valentine

Saya Nina Syakira said...

@::FAIZ FARISH::betol 2 faiz .. jom kita sebarkan hehehe

Schubert Serenade said...

gua xde lelaki la nina!!cmno nie??kiki:p

Saya Nina Syakira said...

@Schubert Serenadehehehe same la kita