assalamualaikum all readers,followers and stalkers :)
harini tetibe je nina rasa na buat entri pasal VALENTINE..ramai pasangan2 kapel yg tggu hari valentine ni kan..nak tau la jugak apa beznye korang sambut valentine ni .. jujur nina cakap nina tak pernah sambut even time tu nina ada bf -.- nina tasuke la sambut valentine.. mungkin pendapat setiap orang berbeza tapi pada nina knp kita na tiru orang putih .. sambutan valentine ni asalnye orang putih yang sambut.. pastu skrg kita pon nak sambut jgk ke -.- pelik2..manusia2.. nina ada terjumpa kat dalam satu web ni .. bace eyh :)
Meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ sebab sambutan ni mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada keburukan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat contohnya berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
so moral of the story tak payan la sambut valentine tu bukan best pon.. kan2.. nina ni pon tak la baik sgt nak nasihat kat korang2 semua at least jadikan la entri ni sbgai pengajaran tau hehehe :) mintak maaf la kalau ayat baku byk sgt..kata lagi blogger tegar kan ahahhaa :)
20 comments:
gua sambut hari kekasih, 14 march~ >,<
@lavender harum wangihahaha gua ta sambot langsong -.-
gua langsung x kisah vlantine nih.. hari2 perlu tunjuk kasih sayangterutama ibu bapa... ^_^
tak heran langsung ngan valentine ni. sbab anniversary pun 15.2. bazir je sambut valentine. hahaha
wa pun rase macam merapu je, kalau sayang, hari2 la kene sayang...bukan on certain2 date je... mintak jauh la semua ni. amin
karot meraban jaa valentine
plisss la jangan sambut. oh. -.-
tak taw plak hari valentine wujud. wakakaka
say no and no to v..:)
Valentine bkn budaya melayu... tak elok amal...
@saperakuemmg pon.. gua ta penah sambut n ta penah terpikir na sambung -.-
@AyinAyobhehehe ok la 2 ayin auww <3
@XIX Dragunovamin !! harap2 cm tu la .. buat apa na ikot cara org putih kan -.-
@nub taw takpa -.-
@.:padie_eyla:.aq sambong eyh .. ohmakang (omg) hahaha
@ d.O.Y.A.h hahaha ni kes berat ni syg hehehe
@mahfudzahyeah btol2 say no to valentine
@::FAIZ FARISH::betol 2 faiz .. jom kita sebarkan hehehe
gua xde lelaki la nina!!cmno nie??kiki:p
@Schubert Serenadehehehe same la kita
Post a Comment