Monday, January 24, 2011

Saya Suka Pakai Inai :)

assalamualaikum :)
haaa korang na tau tak.. nina kan suka gila pakai inai.. korang tau ke apa inai 2 =.=' jgn tatau plak .. ala inai tu kalo time orang kawen pengantin mesti pakai.. ala yg kaler merah tu.. yang selalu bubuh kat jari tu.. hee nina kan kalo ada orang terdekat kawen mesti semangat gilak sebab na kejorkan inai ni le :) kalo orang perak kate moh kite paka ina weyh (baca ikot ejaan dye ye hee) kalo dulu2 orang kawen pakai inai simple jek tade corak2.. tp sekarang tak mcm tu dah.. sekarang majoriti orang melayu yang berkawen pakai inai yang ukir2 tu kan .. mahal kot buat menatang ni hee tp takpe la..puas hati la tengok jari jemari ni cantek kan :) nina ada terbace kat satu laman soal jawab ni pasal hukum pakai inai.. nah bace kat bawah ni

Digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin berhias untuk suaminya. Antara cara berhias itu ialah dengan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya.Menurut ulamak; mewarnai tangan dan kaki dengan inai adalah disunatkan bagi wanita-wanita yang telah berkahwin dengan syarat mendapat keizinan suaminya. Jika tanpa keizinan beliau (yakni beliau tidak menyukainya) tidaklah harus. Bagi wanita yang belum berkahwin; hukumnya adalah makruh mengikut kebanyakan ulamak kerana tidak ada keperluan dan juga bimbang timbulnya fitnah. Namun ada juga ulamak yang berpendapat; diharuskan bagi wanita secara umumnya untuk berinai sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin kecuali wanita yang kematian suami dan masih dalam eddah. Adapun bagi kaum lelaki, diharamkan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya kerana perbuatan tersebut meniru/menyerupai wanita yang dilaknat di dalam hadis Nabi s.a.w.; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Namun dikecualikan jika tujuan memakai inai itu adalah untuk pengubatan.

Itu adalah hukum berinai secara umumnya. Adapun berinai dengan cara mengukirnya di tangan atau kaki (yakni bukan dengan mewarnai keseluruhan tangan atau jari-jarinya), maka perbuatan itu menurut ulamak adalah makruh. Berkata Syeikh Yusuf al-Ardibili dalam kitabnya “al-Anwar li A’mal al-Abrar”; “Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna. Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi. Malah diharamkan setiap satu dari perbuatan-perbuatan tersebut ke atas wanita bujang (yakni tidak bersuami) dan juga wanita bersuami jika tidak diizinkan suaminya” (2/332).Wallahu a’lam. 
maklumat lanjut pasal ni korang bley rujuk kat SINI

ahahah jd ustazah la plah hee ok kat bawah ni plak ad la sket gambar2 untuk tatapan korang :)

mengikut pengalaman nina kalau kaler mcm ni kan mesti merah gile tau :)

cantek kan :)

seyesly geli kan hee tp ini kalo saje2 na pakai ok la ta kesah kan kalo comot2 sket

ouh bilakah nina akan kawen .. na cantek cmni gak hee

KREATIF 

simple but nice :)

sumpah nina cakap puas gile dapat wat entri pasal inai ni tataw la kenapa .. gatal sgt na kawen da ni kan hee .. ok la thats all for this entri wahh kecek ore putih :) dah2 .. bubye

I HATE COPYCAT..SYUHH2 G JAOh.. JGN MENIRU AP PON YANG AD DI DALAM BLOG SY THX :)


16 comments:

AyinAyob said...

canteknye.!

Cik Ainie @ Lola said...

agak2 bila ye nina nak pakai inai macam kat atas nie...

mesti xlme lg kan...

hehehe.. :P

+d.O.Y.A.h+ said...

NINA..aku tkpenah pakai inai -______-

lavender harum wangi said...

nina~ suka pic last.. simple tapi cantek.. :)

Budak Giler Cadbury said...

@AyinAyob kan :) suke sgt

Budak Giler Cadbury said...

@Cik Ainie @ Lola hahah konfirm lambat ag sebab nina bf pon tade

Budak Giler Cadbury said...

@ d.O.Y.A.h la yeke .. try la pkai

Budak Giler Cadbury said...

@lavender harum wangi ha'ah same la ngn aku :)

Amanie Ashraff said...

suke yg last tu. simpel tp nice. tp takot nampak ayam la bile nk tggu inai tu jd merah =,='

Cik Ainie @ Lola said...

doyah:pakai mse kawen..bru namapak seri ye...hehehe

eika said...

aku pown ske gak pkai inai....tpi kt kuku je la...hahaha

Budak Giler Cadbury said...

@eika
hahaha tau dah

NOOR FATIN said...

dah lama xpakai inai. ada je pokok kat belakang. nanti nak pakai jugak la :P

Halimatun Sa'adiah said...

sy pon suke jgak pkai inai...
time kechik2 dulu mmg pantang tgk pokok inai neh

Budak Giler Cadbury said...

@Halimatun Sa'adiah hehehe tau takpe ...

.::: Princess MOMOY :::. said...

cantik la dear

u hate copy cat tapi u sendiri copy tanpa sedar dear
nasihat momoy, bagi credit pada mereka
itu lebih baik kan?
chill